Thursday, January 31, 2008

Bahana Mempelajari Sihir

Assalamualaikum.Pada kali ini tokngah nak bercerita bahana mempelajari ilmu sihir.Cerita ini tokngah dengar dari mulut Tn. Guru Dr. Harin Din sendiri.Ada seorang pemuda di sebuah kampung yang baru nak menuntut ilmu sihir dari seorang bomoh.Syarat pertama yang diberikan oleh bomoh berkenaan ialah mesti melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.Mahu tak mahu, untuk mendapatkan ilmu yang diberikan oleh syaitan, pemuda berkenaan mestilah membuang air besar di mimbar masjid.Oleh kerana hasutan syaitan, pemuda tersebut sanggup melakukan perbuatan terkutuk ketika ketiadaan jemaah.
Pada keesokan harinya, kebetulan pula jatuh pada hari Jumaat ramailah datang nak bersembahyang Jumaat di masjid berkenaan. Apabila tiba saat imam 1 nak membacakan khutbah, imam tersebut duduk di kerusi mimbar masjid lalu terduduk di atas najis berkenaan. Apalagi menyumpah seranahlah imam tersebut. Terpaksalah tempatnya di gantikan dengan imam 2 sementara imam 1 terpaksa balik kerumah untuk menukar pakaiannya.Selesai sembahyang Jumaat, imam memaklumkan supaya jemaah lain supaya sama-sama mengadakan solat hajat.
Beberapa hari kemudian, pemuda tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tak dapat membuang air besar. Walaupun doktor telah guna pam untuk mengeluarkan najis namun masih lagi gagal.Guna saluran tiub dan kaedah lain juga gagal untuk mengeluarkan najis tersebut.Doktor kehairanan kerana tak pernah berlaku dalam hidupnya semasa menjalankan tugas. Doktor itu secara hikmah bertanya pemuda tadi kalau-kalau ada melakukan perbuatan yang menyalahi syarak. Pemuda tadi berterus-terang dek tak tahan sakit yang dialaminya.Doktor menasihatkannya pergi berjumpa imam berkenaan dan meminta maaf. Dengan rasa bersalah pergilah pemuda tadi ke rumah imam berkenaan. Imam mengatakan kepadanya bukannya dia seorang yang perlu dia minta maaf tapi seluruh ahli jemaah masjid berkenaan.
Pada hari Jumaat berikutnya pergilah pemuda tadi ke masjid dan meminta maaf dengan seluruh ahli jemaah masjid.Ada juga ahli jemaah masjid memaafkannya dek kerana kasihan melihat perutnya semakin hari semakin membusung dan ada juga yang memaki hamun pemuda tersebut dan enggan memaafkannya.
Oleh kerana ada lagi segelintir ahli jemaah yang enggan memaafkannya maka sakit pemuda tadi tidak juga sembuh. Cuba bayangkanlah berminggu-minggu tidak dapat membuang air besar dan kecil.Sampai pemuda tadi nazak dan sekali lagi ahli keluarga pemuda tadi pergi ke masjid merayu dengan ahli jemaah supaya memaafkan perbuatan pemuda tadi. Dek kerana kasihan, seluruh ahli jemaah masjid memaafkan pemuda tadi dan selepas itu dengan kuasa Allah s.w.t keluarlah segala najis dalam perutnya termasuk nyawanya sekali.Pemuda tadi meninggal dalam keadaan aib.
Tokngah harap cerita ini jadi pengajaran buat kita semua supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh mengundang kesyirikan kepada Allah. Wallahua'lam

6 comments:

PakTeh said...

salam tokngah. dahsyat cerita tu. ada juga org sanggup buat benda yg merosak hubungan dgn Allah dan sesama manusia.

dan itulah kuasa Tuhan, kadang2 Dia bayar Ca$H.

PakTeh

yanglerni said...

Ade ke orang Islam yg perangai macam tu?.... semoga Allah ampunkan dosanya.

Pak Ngah: said...

:: salam... lain padang lain belalangnya... lain manusia lain ragamnya...

intansabreena said...

Sanggup orang Islam sendiri melakukan perbuatan terkutuk macam tu. Tu semua hasutan syaitan. Kalau dari kecil tak diberikan didikan agama, sampai besar..entah ler..

KeL@T said...

eeeeeeee... takot nyer... taksub nyer dia tu sampe sanggop wat cemtuh... tu ler... bile setan dah nguasai diri... tu dah bukan diri dia dah tuh... sesuai utk renungan...

tokngah.. tokngah... sihat ker???

Fairuz Sudin said...

saya kene sihir ni harap2 org yg kenakan saya pon kene rasa azab dier jugak..

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você