Monday, January 7, 2008

Merawat Mualaf

Assalamualaikum. Pada hari ini 7 Januari 2008 selesai saja sembahyang Maghrib di masjid tokngah didatangi suami isteri yang sakit akibat gangguan. Sebenarnya isterinya pernah tokngah rawat dua minggu lepas. Semasa tokngah ruqyah dengan bacaan Quran dan pegang kepala dia mengatakan terasa panas bermula paras dada turun sedikit demi sedikit ke kaki dan kemudian jin itu keluar melalui kaki. Isterinya kembali normal seperti biasa .
Tokngah nampak isterinya macam dalam keadaan sasau dan tokngah merasakan mungkin makhluk halus dalam badannya datang semula atau mungkin makhluk halus yang lebih kuat dari minggu lepas datang mengganggu isterinya yang juga sedang mengandung.Tongah merasa kasihan sebab melihat isterinya dan teringat kata Tn. Guru tokngah bahawa syaitan dan jin juga boleh menyepak bahkan boleh memakan benih anak dalam kandungan.Suaminya mengatakan isterinya selalu sakit dibahagian perut dan terasa ada sesuatu menggigit di dalam perut isterinya.Tanpa banyak soal tokngah terus meruqyah bacaan dekat isterinya dan terus beliau menggelentar dan menangis .Selepas selesai bacaan dia memang nampak makhluk halus itu macam perempuan berpakaian putih sedang mengandung keluar dari perutnya.Selepas itu isterinya kembali normal seperti biasa walaupun sebelum ini badannya panas macam api.
Tokngah kasihan dekat dia kerana mereka suami isteri berketurunan India yang baru memeluk Islam. Ahli keluarga isterinya sudah menghalaunya kerana memeluk agama Islam. Isterinya pun baru memeluk Islam dan segala bacaan Quran pun dia masih lagi tidak pandai membacanya.
Tokngah bagilah dia pendinding diri semasa nak tidur dan nasihatkan suaminya kalau boleh semasa dia mengandung sampai melahirkan anak bagilah dia minum air doa atau air yaasin sahaja. Teringat tokngah kata Dr. Haron Din pada kuliah yang lepas, ada macam-macam penyakit yang mana bila diruqyah sekali sahaja terus sembuh,ada yang diruqyah 2-3 kali baru sembuh dan ada juga diruqyah sampai 40 kali baru sembuh.Malahan ada juga yang tak sembuh.Semua ini adalah dugaan kepada manusia dan nak menguji keimanan kita kepada Allah.
Segala cerita yang tokngah kongsikan bersama bukannya nak menunjukkan tokngah ni pandai dalam bidang rawatan Islam. Sedikit ilmu yang diberi oleh Allah s.w.t adalah untuk menolong orang ramai sekadar yang termampu. Manusia hanya berikhtiar tetapi yang memberi kesembuhan ialah Allah s.w.t. Wallahua'alam.

2 comments:

arsaili said...

salam...takut gak dgr pelbagai gangguan ni..harap di lindung dr pekara sebegini

intansabreena said...

boleh tumpang tanya sikit tak tokngah?tokngah ada tak apa2 petua atau doa supaya anak tak selalu mengingau masa tidurnya.Anak sulung saya kerap mengingau..Skrg ni anak kedua saya pulak dah start pandai mengingau..

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você