Saturday, January 26, 2008

Merawat Rumah Kedai

Assalamualaikum. Pada malam ini 26 Januari 2008 tokngah bersama 4 orang rakan telah pergi merawat kedai yang dikatakan telah disihir sehingga menjejaskan perniagaan mereka.Bukan setakat kedainya yang kena sihir malah ahli keluarga dikatakan terkena juga sihir tersebut. Itulah sifat dengki manusia, kenapa dengki dengan rezeki orang.Bila perasaan dengki sudah menguasai diri maka timbullah perbuatan yang disukai oleh syaitan iaitu menutup lubang rezeki orang lain dengan menggunakan kaedah sihir.
Mengikut apa yang tokngah belajar,antara kesan sihir ke atas kedai ialah samada kedai itu serta merta menjadi kurang pelanggan secara mendadak,kedai tak dapat dilihat oleh pelanggan dan lain-lain.Tokey kedai menceritakan sedikit latar belakang kedainya yang mana dia baru membuka kedainya pada bulan April 2007.Pelanggannya pada ketika itu agak ramai juga mungkin harga makanan dikedainya berpatutan dan memenuhi selera pelanggan. Selepas bulan puasa kelihatan kedainya kekurangan pelanggan secara mendadak dan ada juga pelanggan tidak nampak kedai tersebut.Pelanggan tetap juga ada bertanya kepadanya 'kenapa semalam kamu tutup kedai?'Padahal kedainya pada waktu itu dibuka seperti biasa.Pada asalnya dia tak syak apa-apa pun. Sehinggalah dia dapat maklumat daripada kedai-kedai sekitarnya berlaku perkara yang sama ke atas kedai mereka. Cuma ada satu kedai sahaja di kawasannya yang dikatakan agak laris.
Bagi kami siapa yang melakukan perbuatan sihir tersebut tidak penting tetapi yang paling penting bagi kami merawat kedai tersebut. Yang melakukan sihir itu biarlah Allah sahaja yang membalasnya.
Selesai sahaja membaca yaasin dan zikir, tokngah dan Ust M merenjis air di tingkat bawah dan Ust F dan Cikgu K di tingkat atas. Di tingkat atas kami dimaklumkan oleh Ust F dan Cikgu K sewaktu nak menabur garam dicampur lada hitam ada juga rasa meremang bulu roma dibuatnya.Isteri tuan kedai juga memaklumkan kepada kami selesai saja bacaan yaasin, beliau rasa sangat mengantuk. Apa yang tokngah belajar, mengantuk selepas ruqyah adalah salah satu tanda gangguan.Kami selesai merawat kedai tersebut sekitar jam 11.00 malam.Kami berharap Allah s.w.t memakbulkan doa kami supaya kedai itu pulih seperti biasa. Insyaallah. Wallhua'alam.

5 comments:

PakTeh said...

salam TokNgah. penyakit hasad ni mmg ketara di dalam masyarakat kita. hairan kenapa bangsa lain boleh berniaga benda yang sama, kedai2 bersebelahan walau malah sepanjang blok kedai. mereka juga boleh recommend kedai jiran mereka jika barang dicari tiada di kedai mereka.

kesian kan orang kita?

Pak Ngah: said...

:: salam... Allahyarham ayahnda PakNgah... sorang nelayan kecil... selalu sebut... orang kita ni hebat dari segi hasad dengki... tak boleh tengok kaum sendiri lebih sikit... kaum lain lebih takpe pulak...

:: apa2 pun... jasa bakti TokNgah dalam perhatianNYA...

Juezura said...

Salam TokNgah. Perbuatan hasad dengki sebegini turut berlaku kepada kakak sepupu kak long di kg. Setakat jual nasi lemak depan rumahpun ada orang hasad. Kakak tk ambik apa tindakan..berhenti jer berniaga kecil-kecilan tu. Dia tahupun ada yg sihir sebab ada pelanggan bertanya kenapa tk jual nasi sedangkan dia ada menanti pelanggan.

abanglong said...

abanglong faham dan tahu sangat pasal benda2 nih. hanya berserah kepada Allah sahaja yang mampu dibuat sekarang....

www.abanglong.wordpress.com

Mesin Kata said...

salam TokNgah.
itulah, pengalaman yang serupa turut berlaku pada keluarga sy.

sy terkadang tidak faham apa yg tidak kena dgn mentaliti bangsa kita. nak kata agama kita yg salah, Islam lah pegangan kita.

mungkin norma2 kehidupan dan persekitaran yg masih kacau-bilau barangkali~

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você