Friday, February 22, 2008

Tips mengambil bahan rawatan(herba)

Assalamualaikum. pada hari ini tokngah nak berkongsi satu petua untuk mengambil bahan untuk rawatan. Ramai juga pesakit yang mengambil bahan untuk rawatan dengan cara yang salah. Sebab itulah kadang-kadang bahan-bahan rawatan menjadi kurang berkesan.Sebagai contoh sebagaimana contoh yang dibuat tuan guru Dr. Haron Din, pokok keladi yang dibuat sayur untuk dimakan pun kadang-kadang menjadi gatal kalau dimakan.Sebabnya berpunca ketika nak mengambil pokok keladi tadi, bayangnya menindih pokok tersebut.Tetapi kalau mengambil pokok keladi tadi dengan cara tidak menindih bayang ke atas pokok. InsyaAllah tidak akan gatal bila dimakan.Ikutilah petua-petua berikut:

1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"

2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut

3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).

4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.

6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Wallhua'alam.

2 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam TokNgah,
lama tidak berkunjung ke sini. Saya ada hantar emel kpd TokNgah, ada terima tak?
dlm n3 ni , saya ingin tahu mengapa do'a Nabi Ilyas yg dibaca? bukan do'a yg lain? Mesti ada sebabnya dipilih do'a tersebut...sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan dari yg lebih arif.
Terimakasih.

insan kerdil said...

Memberi salam @ tawassul kepada nabi Ilyas kerana Nabi Ilyaslah yang mahir tentang selok belok berkaitan herba atau pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat-ubatan.Itulah yang tokngah belajar dari Tn. Guru Dr. Haron Din

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você