Sunday, March 23, 2008

Belajar Merawat Santau

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah berpeluang mengikuti sesi kuliah oleh Ust Mokhtar Kasan daripada Darussyifa Bangi yang datang ke sini untuk mengajar kami cara-cara merawat santau. Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus. Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
Untuk makluman pembaca entry ni, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai 'pakar santau'.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut.
Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.
Kami juga menjalankan sesi praktikal dalam sesi kuliah tersebut . Cuba lihat gambat tersebut:


Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.
Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat dari kawan tokngah yang pernah mendapatkan rawatan di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Tokngah cerita bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya.
Wallahua'lam...............

6 comments:

Mysterious Surfer said...

Assalamualaikum..

minta kebenaran utk mengambil article in, Tok Ngah...

Saya akan linkkan blog ini di entry saya itu nanti... terima kasih..

asnawi ariff said...

assalamualaikum, saya seorang pelajar awal 20-an dan sekarang menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Masalah saya sekarang adalah mengenai santau dan diri saya. pernah beberapa tahun yg lepas, sy terkena santau dan alhamdulillah sejak itu hingga hari ini ogos2010, saya tiada sebarang masalah. Masalah ini saya maksud kan dengan batuk dan muntah darah. sekarang sudah setahun saya belajar di sini, dan tiba2 semalam saya terkejut apabila saya batuk2 lain seperti biasa - darah betul2 ingin keluar dari mulut. saya kuat kan diri dan cuba menahan darah dari keluar, dan saya ke hospital untuk rawatan, namun doktor mengatakan bahawa tiada masalah berkaitan diri saya. Jika ada apa2 panduan dari pihak tuan, saya sangat berharap tuan sudi memberikan panduan untuk saya cuba menahan sakit ini buat sementara waktu. dan insyaAllah saya akan pulang bercuti ke tanah air tahun hadapan, saya benar2 mengharapkan bantuan dan nasihat tuan atau pihak2 yang arif.sekian terima kasih. boleh hubungi di blog saya coklattasbihkayu.blogspot.com

Unknown said...

Salam..Boleh sy dapatkan alamat?

Unknown said...

Salam..Boleh sy dapatkan alamat?

Unknown said...

Salam..Boleh sy dapatkan alamat?

Unknown said...

Salam..Boleh sy dapatkan alamat?

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você