Wednesday, May 14, 2008

Darussyifa di dalam Al-Kuliyyah TV3

Assalamualaikum,Pada 2 dan 9 Mei 2008,Ust. Rashid dari Persatuan Perubatan & Kebajikan Islam Darussyifa telah dijemput oleh tv3 dalam Rancangan AlKuliyyah dalam siri perubatan secara Islam 'Syifa'. Apa yang menariknya telah dibuat secara live cara merawat pesakit yang terkena sihir.
Apa yang tokngah tahu banyak juga penonton yang menonton rancangan tersebut. Maklumlah pada zaman sekarang banyak masyarakat yang masih kabur lagi tentang perubatan Islam dan kebanyakkannya masih lagi berpegang kepercayaan kepada bomoh-bomoh.Ust. Rashid juga selalu dirujuk berkaitan dengan rawatan resdung selain dari rawatan gangguan.Ada juga masyarakat kurang percaya dengan rawatan Islam ini dan apabila ditunjukkan secara live barulah masyarakat telah celik mata dan percaya bahawa Al-Quran boleh memberikan kesembuhan kepada manusia.
Apa yang berlaku dekat Melaka sebelum ini pesakit biasanya setiap minggu ialah lebih kurang 10-20 orang sahaja , tetapi selepas rancangan tersebut disiarkan, lebih kurang 100 orang lebih pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan sehingga tokngah dan kawan-kawan tidak menang tangan untuk merawat pesakit.Untuk rujukan pembaca blog, klik di sini untuk melihat cawangan-cawangan darussyifa cawangan.Mudah-mudahan usaha kami sebagai ahli persatuan Darussyifa untuk membantu pesakit akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t.

2 comments:

intansabreena said...

Sayangnya saya trlepas menonton Al-Kuliyyah tu..Bbrp hari sblm tu saya ingat dlm kepala rancangan tu sbb dah ada iklan kat TV3..tup2,hari tu family saya bersiap2 nak ke Sarawak..sibuk punya sibuk,terus trlupa..Saya teringat balik pkl 7mlm..Hampa je..

Abang Long said...

Saya terlepas lagi ...

Semuanya dengan izin Allah.

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você