Monday, September 15, 2008

Merawat pada bulan Ramadhan

Walaupun tokngah secara rasmi tidak merawat pada bulan Ramadhan, ada juga pesakit yang menelefon tokngah supaya merawatnya khususnya perkara yang berkaitan dengan gangguan. Semalam tokngah menerima 2 kes pesakit yang mahu tokngah datang ke rumahnya. 1 kes berkaitan dengan masalah ibu yang mengandung di mana uri peranakan dah turun kebawah walaupun baru mencecah 7 bulan. Kes yang satu lagi berkaitan dengan ibu yang baru bersalin yang mengalami gangguan. Bila berada di hospital doktor telah bekalkan pil penenang dan mengatakan pesakit tersebut mengalami masalah mental .Itulah masalah kalau ada doktor yang tak percaya perkara yang berkaitan gangguan.
Bila dirawat memang perempuan tersebut ada reaksi terutamanya sakit diseluruh anggota badan sebelah kiri dan yang paling sakit di bahagian telinga. Seperti biasa selepas rawatan tokngah meminta pesakit minum air yang didoakan, mandi dan sapu di tempat yang sakit.Di samping itu tokngah mengajar doa-doa dan ayat Quran yang perlu diamalkan untuk pendinding diri Mudah-mudahan pesakit tersebut disembuhkan oleh Allah. Insyaallah.

3 comments:

NURAZZAH8 said...

salam tokngah, lama tak menjenguk kemari. Semoga tokngah berada di dalam keadaan yang sihat walafiat di bawah lindungan Allah swt.

saya ada hantar emel pada tokngah, harap dapat baca. Terimakasih.

Puteri Ezza said...

Salam Tok Ngah...

Apa khabar? Saya pun dah lama tak kemari. Semoga Tok Ngah sihat wal'afiat ye.

Dah buat persiapan raya ke?

Salam Ramadhan ye Tok Ngah.

P/S: Tok Ngah, kalau orang takut-takut nak bercinta, ada ubatnya tak? Kawan tanya ni. Bukan saya ye. Hikhik.

Unknown said...

Salam tok ngah. Sihir boleh berlaku juga ke bulan ramadan ni?

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você