Untuk menjadi Tok Bomoh dan sumpamanya, adalah melalui berbagai jalan dan caranya yang tertentu. Antaranya :-
a. Melalui warisan dari keturunan datuk neneknya atau melalui saka-bakaDi mana datuk nenek atau keturunanya yang terdahulu pernah menjadi Tok Bomoh yang terkenal dan apabila mereka meninggal dunia maka ilmu perbomohan itu menurun atau mengalir terus ke dalam tubuh anak-cucu mereka pula.
b. Mereka didatangi oleh KhadamYang menyerupai datuk neneknya dalam mimpi yang memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi -jampi atau mentera-mentera tertentu. Setelah diamalkan ayat-ayat atau jampi tersebut maka datanglah khadam-khadam tertentu untuk memberi pertolongan.
c. Melalui bacaan wirid, ayat, jampi, serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkanya.
d. Melalui amalan-amalan latihan pertahanan diri tertentu, ataupun daripada ilmu perlatihan pertahanan dirian yang dituntutnya.
e. Melalui pertapaan atau uzlah di tempat-tempat tertentu seperti di dalam gua, di muka kuala, di dalam hutan dan sebagainya sehingga dikunjungi oleh khadam-khadam yang bersyarat bagi menghasilkan hajatnya.
f. Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru-guru yang mempunyai khadam atau yang diamalkanya melalui kitab-kitab tertentu secara bersendirian.g. Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab atau melihat cara orang lain berubat lalu di tirunya.
bersambung............
2 comments:
uiks... cara2 mjadi tok bomoh pulakkk... erm, baper ek income tok bomoh nih... hehehe... lumayan x??? ;-p
*ADAKAH ANDA SENDIRI YANG SAKIT, ATAU KENALAN SERTA KELUARGA YANG TDK SIHAT???*
👉Telah berubat kemana2 shj samada *perubatan moden* (doktor) atau *perubatan tradisional* (dukun, bomoh).. tdk jga sembuh2 jgn berputus asa..
👉Dtglh berjumpa saya berikhtiar, insyaallah...
👉
*ASALKAN* penyakit2 kronik anda itu tiada kaitan dgn perlukan *pembedahan* Doktor atau *jangkitan kuman* dlm darah.
👉 *SELAGI MASIH HIDUP* jangan pernah putus asa...Marilah sama2 kita berikhtiarkan,
👉 *Bayaran:* Ikutlah seikhlasnya
📞📞Hubungi: *TABIB ISMAIL*
*013- 6557445/018- 2842548*
Post a Comment