Sunday, November 9, 2008

Sihir

Artikel ni tokngah ambil dari wanhayati.wordpress. Agak menarik juga dan boleh dikongsi bersama. Semoga artikel berkaitan dengan rawatan Islam dapat dikembangkan dan dikongsi bersama.

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”

(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Sunday, November 2, 2008

Kisah Pesakit di Pusat Rawatan

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah ingin berkongsi cerita berkaitan seorang pesakit yang datang jauh dari Singapura semata-mata untuk mendapatkan rawatan. Pesakit tersebut telah disihir oleh manusia-manusia yang bertopengkan syaitan kerana perasaan dengki dan irihati.
Bila tokngah dan kawan-kawan bertanya pada jin tersebut, dia mengatakan bahawa sihir yang dilakukan adalah dengan cara diikat patung lalu dibakar dan ditambah pula dengan mantera-mantera. Itulah jahatnya manusia yang tidak beriman sehingga sanggup melihat saudara seagama dengannya sakit. Jika dahulu suaminya mati akibat disihir, kini isteri dan anaknya pula menjadi mangsa. Semasa anaknya dirawat kelihatan tangan anaknya seakan-akan diikat.Jin dalam badan ternyata sakit bila diruqyah dan minta dilepaskan dari belenggu tuannya.
Apa yang mampu dilakukan setelah dirawat ialah berdoa pada Allah s.w.t kerana sesungguhnya yang baik itu datang dari-NYA dan yang buruk dan tercela itu adalah kelemahan kita.

Saturday, November 1, 2008

Wafaq

Assalamualaikum .Hari ini tokngah nak berkongsi gambarajah ataupun dikenali sebagai wafaq yang tidak dibenarkan dalam Islam, sekiranya terdapat di rumah anda serupa dengannya....... hendaklah anda sedar bahawa ini termasuk benda-benda khurafat. Penggunaan azimat seperti ini adalah sesuatu yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah.

Dari Uqbah Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa menggantungkan diri kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan ( imannya ) dan barangsiapa yang menggantungkan diri kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan kepadanya.
" ( Riwayat Ahmad )


1 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.



2 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.

3 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.



4 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.

5 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik kepada Allah SWT.

Saturday, October 18, 2008

Merawat isteri kawan

Assalamualaikum. Agak lama juga tokngah tak update rumah tokngah ni. Sebelum tu tokngah sekali memohon maaf kepada rakan-rakan mungkin bila buka blog tokngah, tak ada entry yang baru. Sebenarnya buat masa sekarang ni tokngah agak sibuk dan kekangan masa yang terbatas menyebabkan tak sempat nak berposting.
Baiklah pada hari ini tokngah ceritakan perihal isteri kawan tokngah sendiri yang mengalami gangguan selama 5 tahun. Menurut kata kawan tokngah beliau dah pergi bawa isterinya ke Pusat Rawatan Darussyifa Bangi dan Pusat Rawatan cawangan Melaka akan tetapi gangguan masih lagi berlaku. Itulah kita sebagai manusia tidak ada kuasa untuk menarik makhluk halus dari badan pesakit.Hanya Allah sahaja yang berhak melakukannya. Mungkin itu sebagai ujian kepada pesakit tersebut. Apa yang penting banyak-banyak bersabar.
Tokngah diminta oleh kawan tokngah merawat isterinya di rumah pula.Setelah sampai di rumahnya bila masuk dan melihat isterinya, meremang juga bulu roma. Itu sebenarnya petanda ada gangguan di rumah atau didalam badan pesakit itu sendiri.Bila dimulakan bacaan Yaasin isterinya dah mula menangis walaupun belum dirawat. Sekali lagi bulu roma tokngah meremang. Tokngah habiskan juga bacaan Yaasin, bacaan asas 10 dan zikir seperti yang diajar oleh Tn. Guru Haron Din.Bila sampai bacaan ayat Qursi lagi kuat isterinya menangis, begitu juga bila tokngah baca doa hindar syaitan dan doa nabi Sulaiman.Tangisannya semakin kuat dan sayu sambil meminta tolong jangan dibaca ayat tersebut.Selesai bacaan tokngah berinteraksi dengan makhluk halus tersebut. Menurutnya, tempat tinggalnya disebuah pokok yang berada di kawasan sekolah tempat pesakit itu mengajar. Dia selalu memerhatikan pesakit tersebut. Dia masuk ke dalam badan pesakit setelah pokok tersebut telah ditebang oleh pihak pentadbir.
Bila diselidiki rupa-rupanya sudah 5 tahun dia berada dalam badan. Kesemua bilangan jin sebanyak 2 ekor. Satu bernama Maimunah(50 tahun)dan satu lagi bernama Anisah(30 tahun). Itulah kata-kata makhluk halus tersebut. Seperti yang tokngah tegaskan di dalam entry yang lepas supaya jangan percaya sangat kata-kata makhluk halus ni. tetapi hanya sebagai panduan sahaja. Bila dipujuk hanya jin yang bernama Anisah sahaja yang keluar manakala jin Maimunah berdegil tak mahu keluar. Walaupun dia mengaku bila diruqyah bacaan Quran semua badannya panas dan melecur sakit tapi dia sanggup tahan kesakitan tersebut.
Diringkas cerita tokngah bekalkan daun bidara dan air untuk dimandi.Sebenarnya kuasa hanya pada Allah. Sama-samalah kita berdoa supaya jin tersebut keluar selepas minum air dan mandi dengan daun bidara yang dibekalkan. Insyaallah.......Wallhua'alam

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Di kesempatan ini Tok Ngah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Maaf Zahir dan Batin.

Monday, September 15, 2008

Merawat pada bulan Ramadhan

Walaupun tokngah secara rasmi tidak merawat pada bulan Ramadhan, ada juga pesakit yang menelefon tokngah supaya merawatnya khususnya perkara yang berkaitan dengan gangguan. Semalam tokngah menerima 2 kes pesakit yang mahu tokngah datang ke rumahnya. 1 kes berkaitan dengan masalah ibu yang mengandung di mana uri peranakan dah turun kebawah walaupun baru mencecah 7 bulan. Kes yang satu lagi berkaitan dengan ibu yang baru bersalin yang mengalami gangguan. Bila berada di hospital doktor telah bekalkan pil penenang dan mengatakan pesakit tersebut mengalami masalah mental .Itulah masalah kalau ada doktor yang tak percaya perkara yang berkaitan gangguan.
Bila dirawat memang perempuan tersebut ada reaksi terutamanya sakit diseluruh anggota badan sebelah kiri dan yang paling sakit di bahagian telinga. Seperti biasa selepas rawatan tokngah meminta pesakit minum air yang didoakan, mandi dan sapu di tempat yang sakit.Di samping itu tokngah mengajar doa-doa dan ayat Quran yang perlu diamalkan untuk pendinding diri Mudah-mudahan pesakit tersebut disembuhkan oleh Allah. Insyaallah.

Monday, September 1, 2008

Dikesempatan ini tokngah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Sunday, August 31, 2008

Merawat rumah dipenuhi darah

Assalamualaikum. Hari ini tokngah nak berkongsi cerita di mana ada sebuah rumah yang tokngah rawat di mana di bilik anak perempuannya terdapat titisan darah macam darah kotor. Yang peliknya anak perempuan tunggalnya baru berumur 8 tahun. Darahnya pula terdapat di merata-rata di dalam bilik. Ada kat bantal,selimut dan bawah tilam. Di ruang tamu juga ada beberapa titisan darah. Bila ditanya ayah dan ibunya, nak kata darah yang keluar dari kemaluan anaknya tak mungkin katanya kerana mereka sudah memeriksanya.

Begitu juga kalau-kalau ada binatang seperti kucing dalam rumah, mereka juga menyangkal kerana tidak memelihara kucing.
Bila suaminya telefon tokngah, terus tokngah menuju ke tempat tersebut. Bila sampai di rumahnya rupa-rupanya di sebelah rumahnya ada rumah kosong yang tak didiami lebih 10 tahun. Mungkin juga makhluk di sebelah nak berpindah ke rumahnya kot.Tapi bila masuk rumahnya memang ada rasa meremang bulu roma. Tokngah juga sempat merawat isterinya dan memang ada gangguan.Kalau rumah ada gangguan, tokngah gunakan kaedah memagar rumah seperti yang diajar oleh Tn. Guru Haron Din. Mudah-mudahan rumah tersebut pulih seperti sediakala. Insyaallah.

Wednesday, August 13, 2008

Merawat isteri tentera kena gangguan

Assalamualaikum. Pada malam selasa lepas tokngah sekali lagi mendapat panggilan daripada seorang tentera yang meminta tokngah merawat isterinya yang terkena gangguan. Suaminya memaklumkan sebelum ini dia pernah bawa isterinya mendapatkan rawatan dengan seorang bomoh yang menggunakan kaedah menurun. Mereka dibekalkan garam dan kemenyan oleh bomoh tersebut untuk ditabur dan diasapkan di dalam rumah. Untuk makluman pembaca blog kemenyan adalah makanan bagi jin. Kaedah yang diberikan oleh bomoh tersebut bukannya menghalau jin bahkan sebenarnya boleh menarik banyak lagi jin ke dalam rumah.
Bila tokngah datang dengan kawan, terpaksalah kami memagar rumah dan merenjiskan air yaasin di dalam rumahnya. Isterinya pula boleh nampak bayang hitam yang berada di dalam rumahnya.
Bila direnjiskan air yaasin dari bawah hingga ke tingkat atas, isterinya boleh nampak banyak jin dari tingkat atas turun keluar dari rumah.Apa-apa pun bagi tokngah lebih baik tak nampak dari nampak. Kalau nampak takut tu taklah, tapi seram adalah.............Wallahua'alam..

Friday, August 8, 2008

Merawat pesakit yang keluar darah kotor

Assalamualaikum. Pada hari selasa lepas tokngah mendapat pangilan daripada seorang suami yang tidak keruan melihat isterinya yang keluar darah kotor selama 2 bulan. Apa yang pasti darah haid paling lama keluar pun ialah selama 15 hari dan kalau lebih boleh dikategorikan sebagai darah penyakit. Teringat kata-kata Tn. Guru antara kejahatan syaitan ini ialah syaitan boleh menyepak dinding rahim sehinggakan keluar darah.
Apa yang peliknya sebelum tokngah sampai dirumahnya. Isterinya memaklumkan kepada tokngah bahawa darah tersebut sudah kering. Bagi tokngah ini adalah tipu muslihat jin supaya tidak merawat isterinya. Bila diruqyah perempuan tersebut mengatakan sakit kepala yang amat sangat dan bisa-bisa pada perut. Selesai saja rawatan tokngah dimaklumkan bahawa isterinya dah banyak kali keguguran. Tokngah bekalkan air yang didoakan kepada isterinya untuk diminum,sapu dan mandi.
Pada keesokannya tokngah mendapat panggilan telefon dari suaminya dan mengatakan darah kotor tersebut hampir kering . Alhamdulillah, mudah-mudahan isterinya sembuh seperti biasa. Insyaallah.........

Thursday, August 7, 2008

Bantu masalah suami isteri

Assalamualaikum. Pada hari Jumaat lepas, tokngah mendapat panggilan dari seorang isteri yang mengalami masalah rumah tangga di mana suaminya ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Perempuan tersebut beriya-iya nak jumpa tokngah kat rumah. Walaupun tokngah tidak menjalankan rawatan kat rumah, tokngah akur dengan rayuan perempuan tersebut.
Perempuan itu menceritakan suaminya sudah lama ada affair dengan perempuan yang kebetulan satu tempat kerja. Kalau nak kahwin dia tak kisah tetapi mereka hanya seronok-seronok sahaja. Bila dibiarkan berlarutan maka semakin bertambahlah maksiat.
Apa yang tokngah lakukan ialah mendoakan pada air dan meminta perempuan tersebut memberi minum kepada suaminya. Sembahyang hajat juga sangat penting terutamanya sebagai seorang perawat agar Allah memakbulkan doa kita.
Diringkaskan cerita pada hari Ahad selepas itu tokngah sekali lagi mendapat panggilan daripada isterinya dan memaklumkan suaminya sudah berubah dan sanggup meninggalkan perempuan tersebut.Isterinya sekali lagi meminta tokngah pada kali ini datang ke rumahnya dan meminta menasihati suaminya agar tidak lagi buat maksiat. Alhamdulillah. tokngah sangat bersyukur kepada Allah dan mudah-mudahan suami isteri tersebut akan bahagia sehingga ke akhir hayat.Wallahua'lam..

Monday, July 28, 2008

Pengambilan Pelajar Baru

Assalamualaikum. Darussyifa cawangan Melaka akan membuka sesi pengambilan pelajar baru bagi tahun 2008. Sesi kuliah dijangka akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan Pengerusi dan Setiausaha Darussyifa Cwgn Melaka di talian : 0133882562/0196582008 atau bolehlah datang sendiri ke Solok Gaung Ayer Molek untuk mendapatkan borang pendaftaran. Sekian terima kasih.

Monday, July 14, 2008

Merawat pesakit yang dirasuk jin asyik

Assalamualaikum. Pada hari Jumaat lepas ( 4 Julai) tokngah mendapat panggilan daripada suami pesakit kira-kira jam 12.15 malam. Suaminya meminta tokngah datang ke rumahnya kerana isterinya pada masa itu telah dirasuk teruk. Kebetulan pada malam itu tokngah baru balik dari menghadiri ceramah bersama dengan kawan tokngah. Tanpa melengahkan masa. tokngah dan kawan bergegas ke rumah tersebut. Apabila sampai kelihatan pesakit mengalami sakit kepala yang amat serius. Apabila tokngah meruqyah dengan bacaan asas 10, bila sampai bacaan ayat Qursi sahaja, kami dapat berinteraksi dengan jin yang berada dalam badannya. Jin itu mengatakan apabila ditanya kesemuanya 3 ekor jin yang berada dalam badannya. Apabila ditanya kenapa masuk dalam badan perempuan ini. Jin itu mengatakan dia memang suka kepada pesakit tersebut dan memang sudah lama berminat dan nak memasuki badan pesakit tersebut tetapi tak berjaya. Ini adalah kerana mengikut jin tersebut pesakit itu selalu mengamalkan ayat-ayat pendinding. Pada kali ini mereka berjaya masuk ke dalam badan pesakit tersebut kerana beliau datang bulan.Jin itu juga mengatakan rumahnya di kawasan pokok pisang belakang rumah pesakit.
Oleh kerana jin itu memang berdegil tak mahu keluar dalam badan pesakit tokngah dan kawan-kawan menggunakan strategi dakwah.Jin itu mengatakan dia boleh keluar tapi dengan satu syarat, iaitu bagi dia air. Teringat pesanan Tn. Guru supaya jangan melayan dan mengikut kehendak jin. Sebenarnya mereka mahu kita tunduk kepadanya. Itulah tujuan sebenarnya. Tokngah mengatakan kalau nak minum air pergilah minum sendiri kat tepi longkang sana.Jin itu terdiam. Akhirnya puas memujuk dan meruqyah dengan asas 10 ketiga-tiga ekor jin tersebut keluar. Ketuanya berjaya diislamkan.Tokngah selesai merawat sekitar jam 2.00 pagi.
Pada malam esoknya sekali lagi tokngah mendapat panggilan sekitar jam 8.45 malam dari suaminya dan mengatakan isterinya kena rasuk balik. Sekali lagi tokngah datang ke rumahnya dan merawat pesakit tersebut. Bila ditanya dua ekor jin yang keluar semalam datang balik dan tak sanggup berpisah dengan pesakit tersebut.Mungkin inilah yang dikatakan jin asyik(jin yang jatuh cinta pada manusia)Bila ditanya mana seekor lagi. Bila ditanya mana jin yang telah diislamkan semalam. Mereka kata tak tahu. Sebenarnya segala percakapan jin ini jangan percaya sangat kerana mereka suka berbohong, tetapi boleh dijadikan panduan sahaja. Tokngah mengugut untuk membaling garam dan lada hitam dekat kawasan pokok pisang belakang rumah. Jin tersebut merayu supaya jangan diapa-apakan rumahnya. Tokngah dan kawan menasihatinya supaya berpindah ke tempat lain jauh dari kawasan rumah tersebut.Alasan kami , rumah dan pokok pisang tersebut adalah hak mutlak tuan rumah dan mereka tidak restu kamu tinggal di kawasan pokok pisang tersebut.Akhirnya jn itu akur dan keluar dari badan pesakit. Kami selesai merawat sekitar jam 12.00 malam termasuk memagar rumah mengikut kaedah yang dipelajari di Darussyifa.Bila pesakit tersebut pulih, pesakit tersebut mengatakan dia selalu buang sampah di kawasan pokok pisang dan suka duduk di kawasan pokok pisang tersebut pada waktu petang. Mungkin itukah sebabnya. Wallahua'lam....

Sunday, July 6, 2008

Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum. Pada bulan Mei yang lalu, pelajar-pelajar Darussyifa Cawangan Melaka telah mendapat Ijazah Perubatan Islam dari Tuan Guru Dr. Haron Din. Majlis itu berlangsung di D'Village Resort. Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Mari kita lihat foto-foto sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Inilah Ust Mokhtar yang mengetuai bacaan Asas 10



Tn Guru mengijazahkan ilmu perubatan Islam kepada pelajar lelaki dan perempuan.


Inilah kawan tokngah,Pengerusi Darussyifa Cawangan Melaka(Ust Faisol Syeikh Mohamad)


Antara tenaga pengajar yang mendapat cenderahati oleh Tn. Guru


Bagi tokngah secara peribadi , apabila telah dinasihati oleh Tn. Guru agar sentiasa ikhlas dan sentiasa menolong masyarakat yang ingin mendapatkan rawatan. Segala ilmu yang telah beliau ajar kepada kami adalah secara percuma, maka apabila ilmu tersebut telah diperolehi maka tolonglah mereka yang ingin mendapatkan rawatan.Segala ilmu yang diajar adalah dengan menggunakan ayat Quran dan doa-doa yang dibenarkan dalam Islam. Apa yang sentiasa terdetik di hati tokngah akan pesanannya ialah apabila kita merawat dan membantu masyarakat , hakikat sebenarnya kita telah menyelamatkan akidah mereka sebenarnya daripada mereka pergi berjumpa dengan bomoh-bomoh yang menggunakan ilmu hitam dan bacaan jampi mantera yang tidak difahami oleh kita. Segala amanat yang diberi akan kami laksanakan dengan seikhlas yang mungkin. InsyaAllah. Wallahu'alam.



Thursday, June 26, 2008

Cawangan Darussyifa

Assalamualaikum. Dalam komen terkini Tok Ngah ada rakan blog yang bernama Zuraidah yang mahu mendapatkan alamat atau Cawangan Darussyifa yang terdekat bagi mendapatkan rawatan untuk abangnya yang telah mengalami sakit misteri.Untuk memudahkan Zuraidah dan rakan-rakan blog, anda boleh klik di sini untuk melihat Cawangan Darussyifa di seluruh Malaysia. Sekian terima kasih. Wallahu'alam.

Wednesday, June 25, 2008

Merawat Guru Kena Gangguan

Assalamualaikum. Terlebih dahulu tokngah memohon maaf kerana agak lama tokngah tak update blog ni. Memang sekarang ni tokngah sibuk sangat sampaikan nak buka komputer pun tak sempat. Kalau nak ikutkan, pelbagai cerita terjadi masa Tok Ngah merawat pesakit. Darihal pesakit sendiri hinggalah kepada cerita ahli keluarga mereka. Apa yang Tok Ngah hendak kongsikan di sini ialah mengenai cerita seorang guru yang datang ke pusat rawatan. Belumpun di rawat beliau telahpun menjerit ketika mendengar bacaan yasin yang dibaca setiap kali sebelum bermulanya sesi rawatan. Tok Ngah diminta oleh ahli keluarganya mengendalikan sesi rawatan tersebut. Dengan dibantu rakan-rakan perawat akhirnya jin dalam badan pesakit tersebut telah lemah dan keluar dengan izin Allah. Guru tersebut pulang ke rumah dengan dipapah oleh ahli keluarganya sementara Tok Ngah dan rakan-rakan merawat pesakit lain.

Selesai saja sesi rawatan dalam perjalanan pulang ke rumah Tok Ngah mendapat panggilan daripada ayahnya dan mengatakan anaknya semakin teruk sehinggakan nak bercakap pun tak boleh. Tok Ngah bergegas ke rumah pesakit tersebut dan Tok Ngah meneruskan rawatan. Ternyata kali ini jin dalam badan pesakit tersebut berinteraksi dengan Tok Ngah. Jin itu bercakap dalam loghat Indon dan mengatakan dalam badan pesakit tersebut kesemuanya seramai 5 ekor. Apa yang egonya jin tersebut memaki Tok Ngah walaupun kelihatan sakit bila diruqyah dengan ayat Al-Quran. Sempat juga Tok Ngah tanya umurnya. Dengan pantas beliau mengatakan umurnya 700 tahun. Oleh kerana jin itu degil dan tak mahu keluar Tok Ngah berhajat untuk datang pada malam nanti.

Diringkaskan cerita Tok Ngah datang semula ke rumah pesakit tadi. Kali ini Tok Ngah datang bersama kawan-kawan Tok Ngah.Akhirnya jin itu mengalah dan keluar daripada badan pesakit dan guru tadi dapat bercakap seperti sediakala. Sudah banyak juga Tok Ngah berinteraksi dengan makhluk halus yang mengganggu pesakit akan tetapi Tok Ngah buat kali pertama mendengar suara sebijik macam suara lelaki walaupun pesakit tersebut perempuan tatkala merawat guru tersebut.Mudah-mudahan dengan izin Allah supaya pesakit tersebut diberi kesembuhan. Insyaallah.

Wednesday, May 14, 2008

Darussyifa di dalam Al-Kuliyyah TV3

Assalamualaikum,Pada 2 dan 9 Mei 2008,Ust. Rashid dari Persatuan Perubatan & Kebajikan Islam Darussyifa telah dijemput oleh tv3 dalam Rancangan AlKuliyyah dalam siri perubatan secara Islam 'Syifa'. Apa yang menariknya telah dibuat secara live cara merawat pesakit yang terkena sihir.
Apa yang tokngah tahu banyak juga penonton yang menonton rancangan tersebut. Maklumlah pada zaman sekarang banyak masyarakat yang masih kabur lagi tentang perubatan Islam dan kebanyakkannya masih lagi berpegang kepercayaan kepada bomoh-bomoh.Ust. Rashid juga selalu dirujuk berkaitan dengan rawatan resdung selain dari rawatan gangguan.Ada juga masyarakat kurang percaya dengan rawatan Islam ini dan apabila ditunjukkan secara live barulah masyarakat telah celik mata dan percaya bahawa Al-Quran boleh memberikan kesembuhan kepada manusia.
Apa yang berlaku dekat Melaka sebelum ini pesakit biasanya setiap minggu ialah lebih kurang 10-20 orang sahaja , tetapi selepas rancangan tersebut disiarkan, lebih kurang 100 orang lebih pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan sehingga tokngah dan kawan-kawan tidak menang tangan untuk merawat pesakit.Untuk rujukan pembaca blog, klik di sini untuk melihat cawangan-cawangan darussyifa cawangan.Mudah-mudahan usaha kami sebagai ahli persatuan Darussyifa untuk membantu pesakit akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t.

Thursday, May 1, 2008

Belajar Merawat Santau

Assalamualaikum. Pada 30 April 2008 tokngah dan kawan pergi ke Kajang untuk belajar cara-cara merawat santau dengan Ust. Mokhtar. Boleh rujuk gambar ust. Mokhtar pada entry lepas. Tokngah sampai di sana lebih kurang pukul 10 malam. Memandangkan 1 Mei adalah hari cuti sempena Hari Pekerja walaupun lewat sampai di rumahnya akan tetapi bagi tokngah ilmu itu tidak datang bergolek bahkan kita mesti mencari ilmu tersebut.Bahkan pada zaman sekarang tidak ramai orang yang dapat merawat santau.
Bila sampai di rumahnya tokngah dapati banyak pesakit yang datang dan kebanyakkannya datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan rawatan. Ada seorang pesakit datangnya dari Bukit Fraser yang setiap minggu datang ke rumah Ust. Mokhtar untuk dapatkan rawatan.Untuk makluman Ust. Mokhtar menjalankan rawatan di rumahnya di Taman Kajang Utama hanya pada hari Selasa dan Rabu sahaja . Waktu rawatannya bermula selepas Maghrib. Apa yang menyedihkan tokngah ada budak yang mungkin baru berumur 7 tahun dah terkena santau.Kelihatan keluar banyak habuk kaca dari dadanya.Kaca tersebut hanya dapat dilihat dengan jelas bila kita tutup lampu dan disuluh dengan lampu suluh. Kelihatan kaca tersebut berkilau-kilauan.Walaupun tokngah dah banyak ikuti kuliah santau yang disampaikan oleh Ust. Mokhtar, itu hanyalah secara teori sahaja akan tetapi yang lebih penting kita mesti lihat secara amali. Barulah dapat merawat secara sempurna. Pukul 1.00 pagi barulah kami dapat bersembang dengan Ust. Mokhtar dan bertanyakan perkara-perkara yang kami tidak faham berkaitan dengan santau. Mengikut Ust. Mokhtar santau mesti dikeluarkan sepenuhnya dari badan pesakit dan sebab itulah rawatan biasanya kena berulang-ulang.Kalau baki santau masih ada dalam badan biasanya ia hidup dan membiak kembali dalam masa tiga minggu sahaja.Betapa cepatnya santau itu membiak.Setiap rawatan memerlukan tiga kali tepuk di badannya dengan menggunakan daun nangka dan tidak boleh lebih.Kalau lebih tiga kali biasanya pesakit akan pengsan.Antara pesakit yang tak boleh tepuk ialah pesakit yang muntah darah. Kena tahan darah dahulu dan seminggu kemudian baru boleh tepuk.
Mengikut pengalaman Ust. Mokhtar ada seorang pesakit yang muntah darah datang ke rumah Ust. Mokhtar untuk tepuk santau. Ust menasihatinya supaya jangan ditepuk kerana dikhuatiri darah akan banyak lagi akan keluar. Keluarga pesakit itu degil dan meminta ust jalankan juga rawatan tepuk dan mereka sanggup tanggung risiko. Bila ditepuk sekali sahaja ternyata keluar memancut darah dari mulutnya. Itulah bahayanya santau bila dah terkena badan kita.Amalkan selalu pendinding supaya dijauhkan daripada terkena santau. Tokngah sampai di rumah lebih kurang jam 3.45 pagi.Wallahua'lam.

Saturday, April 26, 2008

Merawat suami isteri yang tidak boleh bersama

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak berkongsi cerita tentang suami isteri yang baru dirawat oleh tokngah. Buat masa sekarang ni tokngah amat sibuk sampai nak buka blog pun tak sempat. Kalau nak cerita semua memang boleh dijadikan koleksi buku. Tapi takpelah, apa yang nak tokngah kongsikan cerita pada hari ini ialah masalah suami isteri yang tidak boleh bersama. Bermula awal perkahwinan pada malam pertama dan sampai sekarang iaitu selama setahun setengah tak pernah bersama. Bila nak bersama sahaja keinginan itu hilang. Bayangkanlah isterinya itu sampai sekarang masih lagi bergelar gadis. Tokngah harap pembaca blog ni faham maksud tokngah. Kedua-dua mereka disihir dan dikunci pintu nafsu untuk bersama. Memang kasihan tapi itulah realiti yang berlaku pada zaman sekarang.
Bila disiasat rupa-rupanya kedua-duanya sebelum berkahwin ada lelaki dan perempuan lain yang minat dekat pasangan tersebut tetapi tokngah tak nak tuduh siapa yang melakukan sihir tersebut. Biarlah Allah yang membalasnya.Bila tokngah rawat suaminya reaksi suaminya tak kuat sangat tetapi reaksi isterinya walaupun masih belum dirawat telah dimasuki oleh saka sebelah bapanya. Tokngah berinteraksi dengan saka tersebut dan dia mengatakan dia ialah Tun Ahmad seorang pahlawan yang nak membantu suaminya. Tokngah berhujah dengan saka tersebut supaya tak perlulah jaga suaminya bahkan Allah dan jaga suaminya. Saka tersebut akur dengan kehendak tokngah lalu keluar dari badan isterinya.
Semasa merawat suaminya, bila tokngah ruqyah, isterinya nampak banyak jin dalam badan suaminya keluar melalui kaki akan tetapi ada satu jin yang degil yang sentiasa tinggal dekat ari-ari suaminya.Bila tokngah baca dekat ari-ari dan buat isyarat tarik, isterinya nampak jin itu keluar kemudian masuk balik ke tempat tersebut.Tokngah meminta kedua-dua pasangan meminum air yang didoakan dan mandi dengan daun bidara yang tokngah sediakan. Prinsip tokngah senang saja kita sebagai manusia yang lemah tak berkuasa menarik jin dalam badan akan tetapi Allah yang berkuasa sepenuhnya.Biarlah Allah yang uruskan dan kita sebagai manusia hanya berikhtiar sahaja. Semoga pasangan tersebut disembuhkan oleh Allah dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. InsyaAllah.

Thursday, April 17, 2008

Membantu Tn. Guru Haron Din

Assalamualaikum. Pada hari Selasa 15 April negeri Melaka bercuti sempena Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah, tokngah dan kawan-kawan bercadang pergi ke Bangi untuk melihat suasana rawatan yang dikendalikan sendiri oleh Tn. Guru Haron Din. Tokngah bertolak seawal jam 5.00 pagi dan sampai di sana lebih kurang pukul 7.15 pagi.
Setibanya di sana kami memaklumkan kepada Ust. Mokhtar tentang kehadiran kami dari cawangan Melaka. Dengan rasa terharunya kami dibawa masuk ke bilik rawatan dan diminta membantu Dr. Haron Din merawat pesakit. Sekurang-kurangnya dapat juga pegang botol air dan memegang pesakit yang mengamuk ketika dirawat oleh Dr. Haron Din.Bilangan pesakit kebiasaannya pada hari Selasa sekitar 600-700 orang. Akan tetapi yang akan dirawat oleh Dr. Haron Din ialah seramai 200 orang sahaja. Selebihnya dirawat oleh AJK. Secara peribadi tokngah dapat melihat teknik Dr. Haron Din merawat. Walaupun rawatan bagi seorang pesakit hanya 1 minit sahaja akan tetapi kesannya cukup kuat. Sebagai contoh pesakit yang kena sihir bila dipegang sahaja terus menjerit. Itu belum lagi dibaca apa-apa.
Tokngah juga sempat melihat Dr. Haron Din merawat pesakit yang mandrem di dalam bilik ICU begitu juga caranya walaupun merawat hanya beberapa minit ternyata jin dalam badan itu kesakitan.Tn. Guru selesai merawat sekitar jam 12.30 pagi dan kami sempat makan tengahari bersama-sama Tn. Guru dan AJK di bilik makan. Itulah pengalaman manis ketika membantu Tn Guru dan insyaallah kalau ada kesempatan lagi tokngah berhajat untuk datang lagi ke sana.Wallahua'lam.

Tuesday, April 15, 2008

Merawat Guru Yang Ada Saka

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak berkongsi cerita ketika tokngah merawat seorang guru yang dikatakan ada saka. Tokngah pergi merawat guru tersebut bersama rakan tokngah iaitu Ust. M. Mengikut cerita guru tersebut sudah bermacam-macam bomoh telah beliau jumpa dan ada yang mengatakan ada banyak jin dalam badan dan di rumahnya.Biasalah tok bomoh, banyak autanya, bahkan kalau pesakit ada batuk-batuk pun dikatakan ada jin dalam badan, padahal pesakit tersebut ada penyakit tibi.Suaminya juga memang tak percaya langsung dengan bomoh-bomoh ni dan nampak riak muka suaminya juga tidak percaya tentang saka dan gangguan makhluk halus. Ketika kami datang pun suaminya beranggapan kami ni merawat sama macam tok bomoh.
Selepas bacaan yaasin dan zikir ketika isterinya ke dapur suaminya membisikkan sesuatu kepada tokngah dan mengatakan isterinya sebenarnya tidak ada saka dan gangguan apa-apa cuma kalau dah tekanan maka adalah angin seluruh badan .Tokngah mengatakan padanya biar saya dan kawan saya rawat isteri awak dahulu nanti kita tengok apa reaksinya.Ketika merawat ternyata isterinya menangis kesakitan dan jin dalam badan yang dikatakan saka berinteraksi dengan kami. Beliau mengatakan dia hanya menjaga pesakit ini supaya tidak dikacau. Tokngah katakan padanya biarlah suaminya suaminya sahaja yang menjaga pesakit ini.
Ternyata jin ini kesakitan bila kami banyakkan lagi bacaan ruqyah, banyak juga perkataan 'BODOH' telah dihemburkan kepada kami berdua.Kalau tak silap tokngah adalah lebih kurang 10 kali. Sebenarnya yang kata perkataan bodoh tu ialah jin dalam badan dan kami tak pelik langsung kerana tok guru kami Dr. Haron Din pernah dihemburkan perkataan tersebut ketika merawat.Kami masih ingat kata tok guru, kita tak ada kuasa nak menarik jin itu keluar. Teruskan meminum air insyaallah jin itu akan kepanasan dan lemah maka dia akan keluar dengan sendiri. Selepas merawat barulah suaminya percaya bahawa isterinya ada saka dan tahu bahawa kami ni bukannya bomoh akan tetapi perawat yang menggunakan kaedah Islam. Wallahua'alam....

Tuesday, April 8, 2008

Gangguan selama 18 tahun

Assalamualaikum. Pada hari Ahad, 6 April 2008 tokngah di minta oleh seorang ahli jemaah masjid tempat yang selalu tokngah berjemaah supaya membantu merawat adik perempuannya yang dikatakan terkena gannguan. Mengikut cerita, adiknya ini mempunyai anak seramai 6 orang dan pada asalnya terkena meroyan selepas melahirkan anaknya yang bongsu. Sudah bermacam-macam bomoh yang merawat adiknya ini. Bayangkanlah sudah 18 tahun kena.Sampaikan tangan dan kakinya juga dah macam kena strok. Waktu malam pula pesakit ini melalak, menjerit sampaikan mengganggu jiran disebelah. Paling menyedihkan tiada satu pun anaknya yang tinggal bersamanya. Betullah orang kata, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Suaminya juga sudah berkahwin lain dan sekarang ni jengok pun tidak isterinya yang sakit.

Waktu tokngah sampai, adiknya meminta tokngah tunggu sekejap kat luar. Bila tokngah masuk rumahnya barulah tokngah tahu bahawa pesakit ini dah tok boleh berjalan, terpaksa buang air besar dan kecil di dalam bilik tersebut. Memang kasihan melihat perempuan tersebut. Walaupun sedikit terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan tokngah rawat juga pesakit tersebut. Bila diruqyah sahaja dengan ayat qursi perempuan tersebut menjerit kesakitan dan keluarlah bahasa ataupun loghat siam dari mulutnya. Kuat juga tangan pesakit menepis tangan tokngah bila tokngah pegang di tulang belakangnya. Mungkin situlah tempat makhluk halus tersebut bersarang kot. Bayangkanlah sudah 18 tahun kena gangguan.Mungkin dah banyak jin dalam badan.Selepas merawat dan membekalkan air tokngah meminta memandikan pesakit dengan air yang dibekalkan.

Pada hari ini selepas sembahyang Maghrib adiknya bersalam dengan tokngah dan mengucapkan terima kasih kepada tokngah dan mengatakan adiknya ada sedikit perubahan dan tidurnya semakin tenang dan tidak menjerit lagi di waktu malam.Alhamdulillah...nampaknya ada tindak balas. Air doa yang dibekalkan untuknya juga sudah habis dan tokngah akan meneruskan rawatan ulangan. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar pesakit ini disembuhkan oleh Allah.Insyaallah.........

Saturday, April 5, 2008

Merawat Pelajar Sekolah

Assalamualaikum. Pertama sekali tokngah minta maaf kerana agak lama juga tak update blog. Ini adalah kerana tokngah agak sibuk sikit. Maklumlah sekarang ni musim ujian kat sekolah. Macam-macamlah nak buat...faham-faham jelah.....
Pada hari ini tokngah nak kongsi sikit pasal budak yang tokngah rawat sebelum ini. Boleh rujuk entry lepas ketika tokngah rawat kat hospital. Ibunya meminta tokngah datang ke rumahnya untuk merawat anaknya yang sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sebaik saja sampai di rumahnya, tokngah agak segan sedikit kerana tokngah baru tahu rupa-rupanya budak ini adalah anak orang kaya. Rumahnya sahaja berharga lebih kurang RM700 000.00 . Berbalik kepada ketika merawat,tokngah bekalkan bersama daun bidara untuk dibuat mandi. Apabila diruqyah nampaknya tak ada reaksi. Tokngah sempat berpesan kepada ibunya ,tengoklah selepas minum air doa dan mandi daun bidara nanti. Insyaallah ada reaksi. Selang 2 hari tekaan tokngah betul. Ibunya sekali lagi menelefon tokngah dan mengatakan anaknya sekarang ni bersifat malas. Pada hal anaknya sebelum ni tak pernah berkeadaan macam tu. Sampaikan tak mahu keluar dari bilik. Ibunya sekali lagi meminta tokngah datang terus pada hari itu,akan tetapi oleh kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan tokngah tak dapat hadir dan menasihatinya membawa ke Darussyifa Bangi. Tanpa melengahkan masa mereka membawanya ke sana.
Selepas dirawat daripada sifat malas bertukar pula jadi melawan. Cuba lihat rentetan gangguan makhluk halus ke atas budak itu . Dari awal gangguan semua badan sakit, selepas itu jadi malas dan selepas itu sedikit agresif bersifat melawan. Emaknya menangis tak tahu nak buat macam mana. Dua hari selepas itu sekali lagi tokngah dan rakan kerumahnya. Semasa merawat tokngah dan kawan-kawan rasa ada meremang bulu roma. Kami bersepakat untuk merawat rumahnya sekali. Tokngah selesai merawat sekitar jam 11.50 malam.Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan budak itu sembuh seperi sediakala.....

Sunday, March 23, 2008

Belajar Merawat Santau

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah berpeluang mengikuti sesi kuliah oleh Ust Mokhtar Kasan daripada Darussyifa Bangi yang datang ke sini untuk mengajar kami cara-cara merawat santau. Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus. Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
Untuk makluman pembaca entry ni, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai 'pakar santau'.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut.
Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.
Kami juga menjalankan sesi praktikal dalam sesi kuliah tersebut . Cuba lihat gambat tersebut:


Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.
Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat dari kawan tokngah yang pernah mendapatkan rawatan di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Tokngah cerita bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya.
Wallahua'lam...............

Friday, March 21, 2008

Merawat di hospital

Assalamualaikum. Pada hari Rabu lepas tokngah mendapat panggilan daripada seorang perempuan yang mahukan tokngah merawat anaknya yang sedang terlantar di hospital swasta.Tokngah terus menghubungi kawan tokngah untuk pergi bersama-sama merawat pesakit tersebut. Sampai di sana ibunya menceritakan dengan panjang lebar kenapa anaknya sakit dan masih terlantar di hospital. Secara ringkasnya, anak lelakinya bersekolah di Asrama Penuh di Negeri Sembilan. Paling misteri anaknya selalu sakit-sakit dan pernah kawan-kawannya terlihat anaknya pengsan di bawah tangga asrama tanpa memakai selipar pada pukul 4.00 pagi. Bila ditanya, anaknya sendiri tidak tahu macam mana dia boleh berada di bawah tangga sedangkan dia dan rakan-rakan tidur di dalam bilik asrama.
Pernah juga satu ketika dia tidur macam biasa, tiba-tiba dia baru perasan dia berada di sebuah beranda dan sedang mengangkat sebelah kakinya(seolah-olah nak terjun ke bawah).Tiba-tiba dia tersedar, terus dia menangis kerana ketakutan. Peristiwa itu berlaku sekitar jam 3.00 pagi. Bayangkanlah kalau dia tak sedar ketika itu. Sudah tentu dia akan terjun ke bawah, silap-silap nyawa pun boleh terbang. Itulah teruknya gangguan yang berlaku ke atas budak tadi.
Selepas merawat tokngah sempat mengajar anaknya cara-cara untuk mendinding diri dari gangguan makhluk halus.Marilah kita sama-sama berdoa supaya anaknya lekas sembuh dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa.

Saturday, March 15, 2008

Jenis Rawatan Di Darusyifa

Assalamualaikum. Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.

1. Angin Ahmar
2. Asma (juga termasuk Lelah)
3. Badi Mayat & Badi Haiwan
4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
5. Batu Karang
6. Benda Tajam dalam Badan
7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
8. Buah Pinggang
9. Buasir
10. Darah Rendah
11. Darah Tinggi
12. Demam Campak
13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
14. Gangguan Emosi
15. Gangguan Tidur
16. Gastrik
17. Gaut
18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
19. Gila Merian
20. Jantung
21. Kayap
22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
23. Kenan & Kecacatan Bayi
24. Kencing Malam
25. Kencing Manis
26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
27. Ketumbuhan
28. Kolestrol tinggi
29. Koma
30. Lekat Tulang
31. Lemah Semangat
32. Lumpuh
33. Magrin
34. Mandul
35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
36. Mata Masuk Benda
37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
39. Menghentikan Tabiat Buruk
40. Mudah Lupa
41. Mudah Marah
42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
43. Nyanyuk
44. Panas Baran
45. Pelembut Hati
46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
49. Pendekat Jodoh
50. Penerang Hati
51. Penyakit yang Sukar diubati
52. Penyelera Makan
53. Resdung
54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
55. Sakit Kepala
56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
57. Sakit Perut
58. Sakit Rindu
59. Santau
60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
62. Selsema yang berterusan
63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
65. Sukar Tidur Malam
66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

Itulah keistimewaan Darussyifa kerana bukan sahaja sakit spritual sahaja yang diajar oleh Tn. Guru malah sakit fizikal juga turut diajar. Akan tetapi bagi mereka yang sakit fizikal lebih elok pergi ke hospital dahulu untuk mendapatkan rawatan dan kalau dah habis ikhtiar barulah datang ke Darussyifa. Untuk belajar sahaja mengambil masa setahun.Kalau di Darussyifa Bangi kalau 3 kali tak hadir dalam kuliah tanpa alasan tidak akan diijazahkan oleh Tn. Guru Dr. Haron Din.Itulah disiplin yang harus diikuti untuk mendapatkan ilmu yang cukup bernilai untuk mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Wallahua'lam.

Wednesday, March 12, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum. Agak lama juga tokngah tak update blog tokngah ni. Tokngah sebenarnya balik kampung di Kelantan untuk mengundi . Bagi kami orang Kelantan dah selesa dengan kerajaan PAS di bawah kepimpinan ulama.Kami bila mendengar doa tok guru sahaja sudah mengalirkan air mata. Itulah berkat dan rahmatnya berada di bawah kepimpinan ulama.


Semasa di kampung sempat juga kakak ipar di Terengganu meminta tokngah merawat anaknya yang kena demam panas. Apapun selepas merawatnya, tokngah menasihatinya supaya pergi juga ke klinik. Bila balik ke Kelantan pun sama, ada jiran-jiran nampak tokngah, terus dia beli air di kedai dan meminta tokngah bacakan air penerang hati untuk anaknya yang dikatakan agak nakal. Harapan tokngah agar tokngah dijauhkan perasaan megah bila dikurniakan ilmu dan merawat pesakit seikhlas yang mungkin. Dua hari di kelantan sempat juga tinjau-tinjau dekat kawasan kampung untuk mencari daun yang dikatakan boleh merawat sawan. Sawan ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sawan tangis,sawan tarik dan sawan babi(gila babi).Petua tersebut diberikan oleh Tn. Guru semasa belajar di Darussyifa.Banyak juga pesakit sembuh dengan izin Allah menggunakan kaedah tersebut.Daun-daun tersebut boleh disimpan dan akan digunakan bila sampai masanya nanti. Insyaallah.


Wednesday, March 5, 2008

Merawat Jururawat Kena Gangguan

Assalamualaikum. Pada hari Rabu 4 Mac 2008 tokngah dan dua orang rakan iaitu Ust M dan Ust Z telah pergi merawat seorang jururawat yang kena gangguan setelah suaminya call tokngah supaya merawat isterinya.Suaminya pada awalnya menelefon tokngah pada 3 Mac kira-kira jam 11.30 malam kerana pada ketika itu isterinya kena gangguan yang teruk.Tokngah mengatakan padanya pada malam itu tokngah tak dapat membantu memandangkan pada masa itu tokngah masih lagi dalam perjalanan pulang dari Darussyifa Bangi ke Melaka.Kalau sampai kat rumah pun sekitar jam 12.30-1.00 pagi.
Isterinya ini kena gangguan makhluk halus iaitu melalui bisikan.Bayangkan semasa tinggal berdua bersama anaknya yang berumur kira-kira 8 bulan ada satu suara membisikkan supaya mencekik anaknya sampai mati.Itulah yang tokngah rasa cukup bahaya tu!. Teringat kawan tokngah Ust F menceritakan kepada tokngah dimana ada seorang anak muridnya yang mengalami gangguan yang sama iaitu bisikkan supaya menyembelih adiknya kemudian dipotong dan diletakkan di dalam peti ais. MasyaAllah.......Kalaulah perkara tersebut benar-benar berlaku tak tahulah macam mana nak jawab.
Itulah antara bentuk gangguan makhluk halus kepada manusia.Tokngah berpesan kepada suaminya agar jangan biarkan isterinya tinggal berseorangan dan tokngah dapat tahu untuk keselamatan, anaknya buat masa sekarang dijaga oleh mertuanya.Tokngah meminta suaminya memandikan isterinya dengan daun bidara. Tokngah selesai merawat sekitar jam 11.30 malam.Marilah kita sama-sama berdoa agar isterinya cepat sembuh.Insyaallah.Wallahua'alam.........

Monday, February 25, 2008

Merawat Guru Yang Disihir

Assalamualaikum. Pada kali ini tokngah nak berkongsi cerita yang berlaku pada hari penamaan calon.Pada hari tersebut tokngah sempat pergi ke klinik cawangan bersama-sama sahabat untuk mengadakan majlis zikir dan selepas itu hajat di hati untuk pergi ke tempat penamaan calon. Tokngah sempat juga menelefon pengerusi cawangan Ust F dan beliau meminta tokngah tunggu kat klinik sekejap kalau-kalau ada pesakit yang datang. Setibanya di sana hanya 2 orang perawat termasuk tokngah yang datang. Sahabat yang lain semuanya pergi ke tempat penamaan calon.Lebih kurang 5 minit selepas itu datanglah pesakit berturut-turut . Semuanya tokngah anggarkan sekitar 15 orang. Terpaksalah tokngah dan rakan yang satu lagi merawat mereka semua.Ada juga seorang 2 pesakit yang 'mandrem'dan ini mengambil masa yang lama sedikit untuk merawatnya.Kami selesai merawat sekitar jam 11.15 pagi.

Diringkaskan cerita,pada petang itu tokngah mendapat satu panggilan daripada suami seorang guru yang tengah sakit datang ke klinik tersebut. Tokngah memaklumkan kepadanya klinik rawatan hanya dibuka setiap hari Ahad jam 8.30-12.30 tengahari sahaja.Oleh kerana kasihan mendengar rintihan suaminya dan tak sanggup melihat keadaan isterinya ketika itu maka tokngah bersetuju merawat isterinya pada waktu malam selepas isya'. Lagipun rumahnya dengan rumah tokngah jaraknya hanya 5 kilometer sahaja.Tokngah pergi ke rumahnya bersama-sama rakan tokngah yang sering bersama merawat iaitu Ust.M dan Ust Z.

Setibanya di sana kami mengadakan majlis bacaan yaasin dan zikir. Ketika mengadakan bacaan yaasin isterinya yang berada dalam bilik sudah batuk-batuk dan mungkin makhluk halus itu sudah mengetahui akan kehadiran kami.Selesai bacaan yaasin dan merawat rumah, kami meminta suaminya memanggil isterinya untuk dirawat.Bila tokngah melihat muka isterinya yang sedang merenung tajam ke arah tokngah.Meremang bulu roma tokngah dibuatnya. Dalam hati tokngah mengatakan berapa ekor jin agaknya yang berada dalam badannya!. Bila ruqyah dibaca isterinya terus menjerit-jerit dan nak memuntahkan sesuatu.Kelihatan jin suka menyerang pesakit tadi di bahagian kepala dan muka.Perempuan itu merasa kepanasan di bahagian kepala seolah-olah macam ditikam dengan sesuatu.Kami juga sempat berinteraksi dengan makhluk halus tersebut dan makhluk tersebut akan menyihir pesakit tadi sampai mati. Barulah dia puas hati.Diringkaskan cerita kami selesai merawat isterinya sekitar jam 11.00 malam.

Isterinya ini seorang guru berasal dari negeri di Bawah Bayu.Isterinya menceritakan satu persatu sejak bila dia ditimpa sakit.Mengikut ceritanya ada seorang pekerja Am di sekolahnya yang juga merupakan seorang bomoh yang semuanya masyarakat setempat tahu dia ni menghantar sihir kepada pesakit dan dia juga akan merawat pesakit tersebut. Dengan serta merta beliau akan jadi terkenal di kawasan tersebut.Oleh kerana sudah tahu akan perbuatan pekerja am tadi menyebabkan beliau menjauhkan diri dari pekerja tersebut.Diringkaskan cerita selepas itu beliau sendiri ditimpa sakit.Beliau merasakan ada sesuatu seolah-olah macam ulat yang menjalar dikakinya.Bila dekat rumah beliau ternampak muka pekerja tadi di setiap dinding rumahnya. Akibat tidak tahan beliau suami isteri telah berpindah ke semenanjung. Rupa-rupanya jin yang masuk dalam badannya mengikutnya balik ke rumah walaupun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan.Bila kat semenanjung beliau juga diganggu di rumahnya.Beliau juga nampak satu lembaga yang berpakaian putih dan berambut panjang yang duduk dekat syiling rumahnya.Bayangkan ketika nak memandu kereta pun jin tadi boleh memusingkan kepala pesakit tadi ke sebelah kiri.Nasib baik tak kemalangan.Kalau nak cerita perkara-perkara ganjil dan pelik yang berlaku ke atas pesakit tadi memang tak habis.Sudah 2 tahun beliau ditimpa sakit.Mudah-mudahan pesakit tadi disembuhkan oleh Allah.

Sebelum pulang tokngah dan kawan-kawan sempat mengajar pesakit tadi ilmu untuk pendinding diri supaya dijauhkan daripada ancaman makhluk halus.Marilah kita sama-sama berdoa agar pesakit tadi cepat sembuh.InsyaAllah. Wallahu'alam.

Friday, February 22, 2008

Tips mengambil bahan rawatan(herba)

Assalamualaikum. pada hari ini tokngah nak berkongsi satu petua untuk mengambil bahan untuk rawatan. Ramai juga pesakit yang mengambil bahan untuk rawatan dengan cara yang salah. Sebab itulah kadang-kadang bahan-bahan rawatan menjadi kurang berkesan.Sebagai contoh sebagaimana contoh yang dibuat tuan guru Dr. Haron Din, pokok keladi yang dibuat sayur untuk dimakan pun kadang-kadang menjadi gatal kalau dimakan.Sebabnya berpunca ketika nak mengambil pokok keladi tadi, bayangnya menindih pokok tersebut.Tetapi kalau mengambil pokok keladi tadi dengan cara tidak menindih bayang ke atas pokok. InsyaAllah tidak akan gatal bila dimakan.Ikutilah petua-petua berikut:

1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"

2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut

3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).

4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.

6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Wallhua'alam.

Sunday, February 17, 2008

Pesakit Disihir Bekas Suami

Assalamualaikum. Pada hari ini 17 Februari 2008 ramai juga pesakit datang untuk mendapatkan rawatan di klinik Darussyifa cawangan. Ketika merawat seorang pesakit yang di sihir oleh bekas suaminya, tokngah mendapat satu panggilan daripada ibu gadis remaja yang pernah rawat dahulu. Boleh rujuk entri tokngah yang lepas.Ibunya mengatakan anaknya sekarang sudah sembuh seperti sediakala dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa.Ibunya mengucapkan terima kasih kepada tokngah dan rakan-rakan yang banyak membantunya.Kami merawat gadis tersebut sebanyak 3 kali rawatan. Tokngah dan kawan-kawan rasa sangat gembira dengan berita tersebut dan inilah kekuatan bagi kami sebagai perawat.Kami hanya merawat dan yang menyembuhkan ialah Allah.Semasa merawat kami memohon kepada Allah supaya memakbulkan doa kami dan alhamdulillah Allah memakbulkan doa kami dan keluarganya.Tokngah juga sempat berpesan kepadanya agar sentiasa sembahyang hajat dan meminta supaya anaknya sentiasa minum air doa yang telah dibekalkan.

Berbalik kepada cerita pesakit yang disihir oleh bekas suaminya tadi, sebenarnya pesakit ini dah banyak kali berulang-alik di pusat rawatan ini untuk mendapatkan rawatan. Sempat juga tokngah berinteraksi dengan makhluk halus ni, dia mengatakan dia akan menyihir pesakit ini sampai dia mati. Barulah dia puas hati.Dia mengugut tokngah agar jangan masuk campur urusan dia dengan bekas isterinya.Apa-apa pun bagi tokngah ini adalah tipu dayanya sahaja dan masa tu kita kena letakkan semua ketentuan adalah milik Allah.Tokngah mengatakan kepada jin tersebut bahawa tokngah di amanahkan untuk merawat pesakit yang telah dikhianati. Jadi tanggungjawab tokngah untuk merawat.Ada juga kawan-kawan tokngah yang tak terlibat dalam bidang rawatan bertanya tokngah,' tak takut ke terlibat dengan benda-benda macam ni?'.Sebenarnya selagi kita bernama manusia , perasaan takut, gembira, suka, sedih memang ada dalam diri manusia.Jadi bohonglah kalau tokngah kata tak takut semasa merawat.Perasaan takut tu tokngah buang ke tepi dan tokngah letakkan perlindungan hanya kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan tolong mereka yang menjaga agama Allah. Sebenarnya terlibat dalam bidang rawatan Islam ini adalah untuk menjaga akidah manusia. Cuba bayangkan kalau rawatan Islam ini tiada, tentu ramai pesakit yang akan pergi kepada bomoh-bomoh yang menggunakan perantaraan syaitan.Macam mana kita nak jawab dekat Allah nanti kalau rawatan ini tiada sesiapapun yang nak melibatkan diri.

Balik kita kepada pesakit tadi , sesiapapun yang menyihir samada bekas suaminya atau orang lain bagi tokngah itu tak penting sangat. Kalau betul suaminya yang melakukan perbuatan tersebut. Maka jelas dia telah melakukan kesyirikan kepada Allah. sw.t.. Tokngah berharap dan berdoa kepada Allah agar pesakit ini dapat pulih seperti sedikala. Insya Allah.

Thursday, February 7, 2008

Pusat Rawatan Darussyifa'

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak tunjukkan suasana disekitar Pusat Rawatan Darussyifa Bangi terutamanya pada hari Selasa.Tokngah pernah mendengar Tn. Guru Dr. Haron Din berkata daripada dulu sampai sekarang hatinya tak tenteram melihat pesakit yang menunggu untuk dirawat olehnya. Macam mana nak tenteram kalau pukul 2 pagi sudah beratur untuk mendapatkan nombor.Kebetulan rumahnya pula bersebelahan dengan pusat rawatan. Pesakit yang dirawat olehnya hanya dihadkan selama 200 orang sahaja iaitu dari pukul 7.00-12.00 tengahari.Manakala selebihnya akan dirawat oleh AJK.Kalau nak dikira pengunjung pada hari tersebut ialah sekitar 800 orang.Mari kita lihat foto di bawah:

Beginilah keadaan ketika masuk waktu subuh. Pesakit begitu tekun untuk menunggu untuk mendapatkan nombor giliran


Pesakit yang menunggu di kaunter depan Pusat Rawatan


Biasanya sebelum memulakan rawatan Tn.Guru mendoakan dan meniup setiap air yang diletakkan di atas meja.Sekurang-kurangnya pesakit yang tak dapat berjumpa dengannya berpuas hati kerana air yang dibawa telah didoakan sendiri oleh Tn. Guru.


Di sinilah tempat Tn. Guru merawat pada setiap hari Selasa



Kelihatan Tn. Guru sedang merawat pesakit

Inilah bilik ICU di Pusat Rawatan Darussyifa'.Biasanya pesakit yang mandrem(mengamuk) akan diletakkan di sini sebelum dirawat oleh Tn. guru. Lagipun bilik ini kedap bunyi.Nak menjerit sekuat mana pun tak apa.Kelihatan tilam diletakkan di tepi dinding. Bukannya apa takut pesakit ini menghentakkan kepala kat dinding. Masa tu bukannya pesakit sedar semuanya dirasuk oleh makhluk halus.


Kelihatan Tn. Guru menyampaikan kuliah perubatan kepada pelajar-pelajar Darussyifa. Di sinilah kadang-kadang tokngah mendengar pesanan dan amanah yang disampaikan oleh Tn. Guru.



Kami perawat juga ada membawa air dalam majlis tersebut untuk didoakan oleh Tn. Guru. Air ini adalah untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Akhir sekali tokngah nak berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan perawat supaya sentiasa ingat pesanan Tn. Guru iaitu sentiasa ikhlas dalam merawat setiap pesakit.Itulah senjata utama setiap perawat. Tn. Guru berkata bila kita merawat secara ikhlas cahaya putih akan mengalir dalam hati kita. Sebab itulah kalau kita perasan makhluk halus tak berani nak lihat muka kita kerana dia tak dapat nak lihat cahaya berkilauan di hati kita.Itulah senjata utama sebagai perawat.Insyaallah.Wallahua'lam

Tuesday, February 5, 2008

Pesakit Yang Istiqamah

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak menceritakan ada satu keluarga yang sakit kena sihir sangat istiqamah untuk mendapatkan rawatan.Bayangkanlah yang kena sihir tu satu keluarga iaitu suami, isteri dan anak-anak.Sebelum mendapatkan rawatan di darussyifa, sudah bermacam-macam bomoh yang mereka jumpa.Sampai ada satu tahap bomoh yang menetapkan harga iaitu satu orang bayarannya seekor kambing iaitu lebih kurang RM350. Bayangkan itu baru seorang kalau dah termasuk isteri dan anak-anak. Itu baru rawatan pertama belum masuk lagi rawatan ulangan.
Apa yang tokngah kagum dengan mereka ini ialah mereka sentiasa mendapatkan rawatan di klinik Darussyifa Bangi dan ada juga datang dekat klinik Darusyifa cawangan untuk mendapatkan rawatan.Mungkin dah sampai beratus-ratus kali agaknya.Mereka sentiasa istiqamah dalam mendapatkan rawatan .Mereka juga pernah beritahu tokngah, dalam seminggu, 2-3 kali mereka berulang-alik dari rumah ke Bangi yang memakan masa hampir 1 jam setengah.Itu belum dikira lagi rawatan diDarusyifa' cawangan.Sebagaimana yang Dr. Haron Din menyebut dalam kuliahnya, ada gangguan makhluk halus ni bila dirawat sekali sahaja dia akan sembuh, ada yang 2-3 kali baru sembuh dan ada yang berpuluh-puluh kali malahan beratus-ratus kali dirawat.Tokngah rasa pesakit tadi termasuk dalam kategori ke-3.
Tokngah pernah juga bertanya dengan isterinya semasa dirawat dengan Dr. Haron Din apa reaksinya.Dia mengatakan bila dia nak masuk ke bilik untuk berjumpa dengan Ust. Haron Din sahaja dia akan pengsan.Muka ust. Haron Din pun dia tak berani nak lihat.Itulah kurniaan yang Allah bagikan kepada mereka yang mempunyai sifat ikhlas dalam merawat.Ahamdulillah, tokngah dapat tahu mereka suami isteri sekarang sudah menjadi Pelajar Darusyifa ambilan ke-20.Nampaknya mereka ni juga mengikut jejak langkah tokngah untuk menjadi perawat.Kalau dulu mereka dirawat, tapi selepas ini mereka akan merawat. Alhamdulillah..Wallhua'lam

Thursday, January 31, 2008

Bahana Mempelajari Sihir

Assalamualaikum.Pada kali ini tokngah nak bercerita bahana mempelajari ilmu sihir.Cerita ini tokngah dengar dari mulut Tn. Guru Dr. Harin Din sendiri.Ada seorang pemuda di sebuah kampung yang baru nak menuntut ilmu sihir dari seorang bomoh.Syarat pertama yang diberikan oleh bomoh berkenaan ialah mesti melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.Mahu tak mahu, untuk mendapatkan ilmu yang diberikan oleh syaitan, pemuda berkenaan mestilah membuang air besar di mimbar masjid.Oleh kerana hasutan syaitan, pemuda tersebut sanggup melakukan perbuatan terkutuk ketika ketiadaan jemaah.
Pada keesokan harinya, kebetulan pula jatuh pada hari Jumaat ramailah datang nak bersembahyang Jumaat di masjid berkenaan. Apabila tiba saat imam 1 nak membacakan khutbah, imam tersebut duduk di kerusi mimbar masjid lalu terduduk di atas najis berkenaan. Apalagi menyumpah seranahlah imam tersebut. Terpaksalah tempatnya di gantikan dengan imam 2 sementara imam 1 terpaksa balik kerumah untuk menukar pakaiannya.Selesai sembahyang Jumaat, imam memaklumkan supaya jemaah lain supaya sama-sama mengadakan solat hajat.
Beberapa hari kemudian, pemuda tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tak dapat membuang air besar. Walaupun doktor telah guna pam untuk mengeluarkan najis namun masih lagi gagal.Guna saluran tiub dan kaedah lain juga gagal untuk mengeluarkan najis tersebut.Doktor kehairanan kerana tak pernah berlaku dalam hidupnya semasa menjalankan tugas. Doktor itu secara hikmah bertanya pemuda tadi kalau-kalau ada melakukan perbuatan yang menyalahi syarak. Pemuda tadi berterus-terang dek tak tahan sakit yang dialaminya.Doktor menasihatkannya pergi berjumpa imam berkenaan dan meminta maaf. Dengan rasa bersalah pergilah pemuda tadi ke rumah imam berkenaan. Imam mengatakan kepadanya bukannya dia seorang yang perlu dia minta maaf tapi seluruh ahli jemaah masjid berkenaan.
Pada hari Jumaat berikutnya pergilah pemuda tadi ke masjid dan meminta maaf dengan seluruh ahli jemaah masjid.Ada juga ahli jemaah masjid memaafkannya dek kerana kasihan melihat perutnya semakin hari semakin membusung dan ada juga yang memaki hamun pemuda tersebut dan enggan memaafkannya.
Oleh kerana ada lagi segelintir ahli jemaah yang enggan memaafkannya maka sakit pemuda tadi tidak juga sembuh. Cuba bayangkanlah berminggu-minggu tidak dapat membuang air besar dan kecil.Sampai pemuda tadi nazak dan sekali lagi ahli keluarga pemuda tadi pergi ke masjid merayu dengan ahli jemaah supaya memaafkan perbuatan pemuda tadi. Dek kerana kasihan, seluruh ahli jemaah masjid memaafkan pemuda tadi dan selepas itu dengan kuasa Allah s.w.t keluarlah segala najis dalam perutnya termasuk nyawanya sekali.Pemuda tadi meninggal dalam keadaan aib.
Tokngah harap cerita ini jadi pengajaran buat kita semua supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh mengundang kesyirikan kepada Allah. Wallahua'lam

Saturday, January 26, 2008

Merawat Rumah Kedai

Assalamualaikum. Pada malam ini 26 Januari 2008 tokngah bersama 4 orang rakan telah pergi merawat kedai yang dikatakan telah disihir sehingga menjejaskan perniagaan mereka.Bukan setakat kedainya yang kena sihir malah ahli keluarga dikatakan terkena juga sihir tersebut. Itulah sifat dengki manusia, kenapa dengki dengan rezeki orang.Bila perasaan dengki sudah menguasai diri maka timbullah perbuatan yang disukai oleh syaitan iaitu menutup lubang rezeki orang lain dengan menggunakan kaedah sihir.
Mengikut apa yang tokngah belajar,antara kesan sihir ke atas kedai ialah samada kedai itu serta merta menjadi kurang pelanggan secara mendadak,kedai tak dapat dilihat oleh pelanggan dan lain-lain.Tokey kedai menceritakan sedikit latar belakang kedainya yang mana dia baru membuka kedainya pada bulan April 2007.Pelanggannya pada ketika itu agak ramai juga mungkin harga makanan dikedainya berpatutan dan memenuhi selera pelanggan. Selepas bulan puasa kelihatan kedainya kekurangan pelanggan secara mendadak dan ada juga pelanggan tidak nampak kedai tersebut.Pelanggan tetap juga ada bertanya kepadanya 'kenapa semalam kamu tutup kedai?'Padahal kedainya pada waktu itu dibuka seperti biasa.Pada asalnya dia tak syak apa-apa pun. Sehinggalah dia dapat maklumat daripada kedai-kedai sekitarnya berlaku perkara yang sama ke atas kedai mereka. Cuma ada satu kedai sahaja di kawasannya yang dikatakan agak laris.
Bagi kami siapa yang melakukan perbuatan sihir tersebut tidak penting tetapi yang paling penting bagi kami merawat kedai tersebut. Yang melakukan sihir itu biarlah Allah sahaja yang membalasnya.
Selesai sahaja membaca yaasin dan zikir, tokngah dan Ust M merenjis air di tingkat bawah dan Ust F dan Cikgu K di tingkat atas. Di tingkat atas kami dimaklumkan oleh Ust F dan Cikgu K sewaktu nak menabur garam dicampur lada hitam ada juga rasa meremang bulu roma dibuatnya.Isteri tuan kedai juga memaklumkan kepada kami selesai saja bacaan yaasin, beliau rasa sangat mengantuk. Apa yang tokngah belajar, mengantuk selepas ruqyah adalah salah satu tanda gangguan.Kami selesai merawat kedai tersebut sekitar jam 11.00 malam.Kami berharap Allah s.w.t memakbulkan doa kami supaya kedai itu pulih seperti biasa. Insyaallah. Wallhua'alam.

Friday, January 25, 2008

Guna Khidmat Bomoh

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak membincangkan kes yang tergempar di mana seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Sharlinie hilang dipercayai diculik.Diberitakan sekumpulan 50 tok bomoh dari sebuah pertubuhan menawarkan perkhidmatan mereka mencari Sharlinie yang telah 2 minggu tidak dijumpai.Dari gambar beberapa cerapan dapat kita perhatikan, antaranya uniform berwarna hitam dan memakai cincin akek sepasang di tangan kiri dan kanan. Mereka membawa burung merpati putih yang kemudiannya dilepaskan, sejenis daun seperti pokok pandan dan sebagainya.Adakah mereka menggunakan khidmat jin?. Kalau benarlah mereka menggunakan khidmat jin maka perbuatan tersebut jelaslah perbuatan khurafat.
Kalau ikutkan perasaan, semua lapisan masyarakat Malaysia marah kepada penculik tersebut.Mungkin bomoh-bomoh tersebut mempunyai niat yang baik untuk menolong mencari Sharlinie yang hilang tetapi cara untuk menolong itu adalah salah. Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara. Sebagai contoh nak menyara nafkah anak-anak,tetapi dengan melakukan perbuatan yang haram di sisi agama seperti berzina,mencuri, berjudi dan sebagainya. Apa salahnya kita sebagai seorang Islam melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah supaya Sharlinie itu dapat ditemui semula.Apa yang paling penting adalah kesabaran kerana Allah nak menguji keimanan seseorang. Wallahu'alam

Sunday, January 20, 2008

Bantu Rakan Merawat

Assalamualaikum.Pada pagi Ahad 20 Januari 2008 seperti biasa tokngah ada kelas kuliah Darussyifa iaitu pukul 9.00 hingga pukul 12.00 tengahari.Sebelum kelas bermula biasanya diadakan majlis bacaan yaasin dan zikir.Pesakit yang datang untuk dirawat juga digalakkan bersama-sama dalam majlis zikit tersebut.Selesai saja bacaan Yaasin tersebut kedengaran seorang pesakit sudah menangis dan menjerit kerana tak tahan mendengar bacaan Quran secara beramai-ramai sehingga terpaksa dipapah oleh perawat wanita menuju ke tempat rawatan.Kebetulan pada pagi ini kami dimaklumkan oleh Pengerusi Darussyifa Cawangan bahawa kelas telah ditunda pada minggu hadapan berikutan semua penceramah Darussyifa Pusat terpaksa mengadiri majlis taklimat pelajar baru ambilan ke-20.
Seperti biasalah kalau kelas tak ada tokngah dan kekawan yang lain pergilah melihat dan membantu perawat yang lebih senior merawat pesakit. Pesakit yang telah menjerit tadi rupanya datang bersama ahli keluarganya seramai empat orang.Rupa-rupanya bukan dia sorang je yang kena tapi 2 lagi ahli keluarganya juga menghadapi sakit yang sama iaitu sihir.Ramai juga kekawan yang membantu memulihkan 3 pesakit yang kena sihir tadi termasuklah tokngah.
Pada kali ini ketiga-tiga pesakit telah diserang secara serentak, maka kedengaranlah bunyi tangisan dan jeritan pesakit sehingga mengganggu pesakit lain.Sebenarnya yang sakit tu ialah jin dalam badan pesakit kerana diruqyah bacaan Quran oleh perawat.Itulah kehebatan ayat Quran bila diruqyah boleh menyebabkan jin itu kepanasan malah boleh mencederakan jin dalam badan.
Apa yang tokngah sedih ialah ada lagi di zaman yang serba moden ini manusia yang sanggup mengupah tukang sihir mengenakan sihir kepada mangsa yang dikehendaki.Kasihan tokngah melihat ketiga-tiga pesakit iaitu 2 perempuan dewasa dan seorang budak lelaki yang tokngah rasa usianya lebih kurang 11 tahun.Jin dalam badan ketiga-tiga pesakit itu telah berinteraksi dengan kami dan tetap berkeras tidak mahu keluar dari badan pesakit itu.Bila ditanya berapa bilangan jin dalam badan pesakit. Dia mengatakan ada 10 ekor jin dalam badannya.Dan seorang lagi pesakit mengatakan ada 7 ekor jin. Mengikut cerita yang tokngah dengar dari emaknya, kalau tak salah dengar anaknya sebenarnya telah disihir oleh bekas tunangnya.Apa-apa pun kami sentiasa dipesan oleh Tn. Guru supaya jangan mudah percaya dengan percakapan jin kerana kebanyakkannya semuanya nak menjadikan kita bergaduh sesama sendiri.Kalau dengar pun hanya sekadar panduan sahaja. Sesiapa pun yang menyihir pesakit itu ingatlah akan azab Allah yang pedih di hari akhirat kelak.Bertaubatlah sebelum terlambat.Wallahua'lam.

Friday, January 18, 2008

Pengalaman Pesakit Dari Jepun

Assalamualaikum ,pada kali ini tokngah dapat satu artikel dalam internet berkaitan dengan pengalaman pesakit bila di rawat.Pesakit ini tinggal di Jepun dan balik ke Malaysia untuk mendapatkna rawatan saka. Jadi kita ikuti pengalamannya.

Assalamualaikum.Baru-baru ni saya balik malaysia.Kakak saya dah arrangekan utk buang saka dgn seorang perawat dari Baling..kami telah menyediakan 24jenis brg2 utk bekalan jin2 tu pergi ke suatu tempat termasuklah ayam panggang,telor,gulai dll.Benda2ni diletakkan dlm perahu upih pinang..

Saya ragu-ragu dengan kaedah begini seolah-olah menjamu dan ikut kehendak jin2 tu tapi terpaksa ikut je sebab kakak sulung saya dah arrangekan, katanya pakcik ni guna keadah Islam seperti ust Harun din juga..

apa yg saya tgk, kaedah ust Harun Din tak begini.

Sewaktu perubatan tu, saya tiba2 mengilai2 dan berckp sedih, tak mau pisah..lepas berubat tu saya tak rasa ringan pun,masih susah nak tidur..

kemudian saya pergi jumpa seorang perawat Darussyifa yg bernama cikgu mad di Kuala Selangor.Waktu dirawat oleh Cikgu Mad, ternyata ia masih ada dlm bdn saya,terpekik terlolong saya bila diruqyah dgn surah Yasin dll.

Waktu jumpa Cikgu mad tu saya dah nak balik ke jepun dan tak sempat dirawat byk kali..

saya sempat pergi kali ke2 sebelum blk dan diruqyah lagi dgn ayat2 alquran dan zikir..saya nampak macam api putih atau current terpercik dari tgn cikgu mad setiap kali dia pegang kepala saya..saya pejam mata pun masih nampak. paling sakit bila ditekan belakang telinga saya sampai terlolong2 dan terkeluar sejenis bahasa dari mulut saya...

sebelum ni pun saya pernah dgr bahasa ni waktu adik saya meracau(adik saya lagi teruk sebab ada saka, disihir oleh teman lelaki dan disihir oleh maksedara).


cikgu mad ckp dia hanya merawat, yang menyembuhkan ialah Allah. sebab masa suntuk sgt utk rawat betul2.tp dia bekalkan air utk mandi dan minum serta buku surah2dan zikir yg perlu baca..

so buat masa sekarang saya masih terasa beban dibahu sayani,tambah2 tiap kali saya pergi kelas@lab jadi berat sgt bahu dan sakit2..kdg2 bila solat rasa sakit2 bdn rasa macam nak demam.saya tak pasti jin apa yg duduk kat saya sebab keluarga saya sekarang diganggu saka.

Itulah pengalaman pesakit yang boleh kita ambil teladan. Yang tokngah kecil hati ada lagi bomoh-bomoh yang menggunakan nama Tn. Guru Dr. Haron Din semata-mata untuk mencari publisiti.Kita di Darussyifa tidak menggunakan barang-barang tersebut untuk menjamu jin bahkan perbuatan tersebut adalah satu perbuatan khurafat.Di Darussyifa, kami hanya menggunakan ayat-ayat Quran dan doa-doa sahaja untuk merawat pesakit.Dr. Haron Din selalu mengingatkan muridnya supaya sentiasa sembahyang hajat dan meminta supaya pesakit yang dirawat disembuhkan oleh Allah.Wallhua'lam

Tuesday, January 15, 2008

Amalan Pengamal Sihir

Assalamualaikum. Hari ini tokngah nak membincangkan berkaitan dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan diri mereka kepada syaitan-syaitan jin :-
1.Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.
2.Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis, kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
3.Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
4.Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
5.Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan
6.Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.
7.Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
8.Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.
9.Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
10.Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak


Kesannya terhadap Pengamal Ilmu Sihir

Semasa Masih Hidup

1.Hidupnya sentiasa bermasalah
2.Berniaga tidak menjadi, buatlah kerja apapun tidak akan berjaya, seolah-olah ada sahaja yang menghalang
3.Banyak halangan dalam pekerjaan yang diceburi.
4.Sering sakit yang pelik-pelik yang tidak dapat di kesan oleh doktor seperti histeria, gila isim, panas baran, dapat anak yang cacat dan huduh rupanya, selalu tidak sedarkan diri, sakit kepala bila tiba waktu pagi, waktu matahari jatuh, keluarga selalu berkelahi, di ganggu mimpi ngeri dan menakutkan dan sebagainya.
5.Hilang anak dalam kandungan hasil tumpangan Jin semasa melakukan persetubuhan dan sebagainya.


Di Saat-saat Kematian.

Kadang-kadang berlaku juga kejadian yang aneh-aneh ke atas si sakit yang bersahabat dengan Jin ini sewaktu kematiannya. Antara kejadian-kejadian tersebut adalah seperti ;-
Mati sudah dua atau tiga hari tetapi masih kelihatan hidup dan sangat kuat makan, bila sudah mati mayat itu telah berbau busuk dan reput.
1.Mayat ditumbuhi bulu yang banyak
2.Mayat di bawa lari oleh puak-puak Jin
3.Mata dan mulut mayat kelihatan ternganga dan kelihatan ngeri
4.Selepas kematiannya kadang kala didapati diri si mati itu ( sebenarnya Jin peliharaannya ) balik semula kerumah dan ada yang tidur serta bersetubuh dengan isterinya. ( pada sangkaan si isteri, bahawa suaminya itu hidup semula atau bekas suaminya itu keramat atau wali )
5.Sesetengah mayat pula selepas kematiannya hilang di bawa lari oleh Jin peliharaannya ke dalam hutan untuk santapan puak-puak Mereka.


KESIMPULANNYA


Ringkasnya dari keterangan-keterangan yang telah di kemukakan di atas jelaslah bahawa berkawan dan bersahabat dengan Jin memberi banyak keburukan kepada manusia samada semasa mereka masih hidup, apatah lagi setelah mereka meninggal dunia. Tidak kira apa juga niat dan sebab mereka menjadikan Jin sebagai sahabat atau Khadam mereka.


Menurut sesetengah ulama, berkawan denagan Jin boleh menyebabkan manusia dan Jin yang menjadi sahabatnya itu, jika Jin tersebut terdiri dari pada Jin Islam, sama-sama menjadi kafir dan kedua-duanya akan di humbankan oleh Allah kedalam Neraka. Keadaan ini berlaku kerana manusia yang bersahabat dengan Jin merasa Takbur dan lupa daratan kerana mereka memiliki kuasa yang luar biasa yang tidak boleh di miliki oleh manusia lain dan apa-apa yang mereka hajati dapat diperolehi melalui pertolongan Jin tersebut. Mereka juga menganggap mereka lebih berkuasa daripada Allah dan menyuruh manusia lain meminta pertolongan hanya kepada mereka sahaja Perbuatan ini menyebabkan mereka Syirik kepada Allah kerana meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah, sedangkan Syirik merupakan suatu dosa yang amat berat dan tidak akan di ampun oleh Allah.


Manakala Jin yang menjadi Khadam manusia, menjadi kafir pula kerana mereka juga telah Takbur kepada Allah kerana seronok di sanjung dan di puja oleh manusia. Kadang-kala Jin tersebut juga mengaku mereka adalah tuhan dan menyuruh manusia menyembahnya dengan mengadakan majlis-majlis tertentu seperti Jamu Jin setahun sekali, kenduri, sembelih kambing, korbankan sesuatu kepada Jin dan sebagainya, jika inginkan pertolongan dari mereka. Wallahua'alam.

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você