Sunday, February 17, 2008

Pesakit Disihir Bekas Suami

Assalamualaikum. Pada hari ini 17 Februari 2008 ramai juga pesakit datang untuk mendapatkan rawatan di klinik Darussyifa cawangan. Ketika merawat seorang pesakit yang di sihir oleh bekas suaminya, tokngah mendapat satu panggilan daripada ibu gadis remaja yang pernah rawat dahulu. Boleh rujuk entri tokngah yang lepas.Ibunya mengatakan anaknya sekarang sudah sembuh seperti sediakala dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa.Ibunya mengucapkan terima kasih kepada tokngah dan rakan-rakan yang banyak membantunya.Kami merawat gadis tersebut sebanyak 3 kali rawatan. Tokngah dan kawan-kawan rasa sangat gembira dengan berita tersebut dan inilah kekuatan bagi kami sebagai perawat.Kami hanya merawat dan yang menyembuhkan ialah Allah.Semasa merawat kami memohon kepada Allah supaya memakbulkan doa kami dan alhamdulillah Allah memakbulkan doa kami dan keluarganya.Tokngah juga sempat berpesan kepadanya agar sentiasa sembahyang hajat dan meminta supaya anaknya sentiasa minum air doa yang telah dibekalkan.

Berbalik kepada cerita pesakit yang disihir oleh bekas suaminya tadi, sebenarnya pesakit ini dah banyak kali berulang-alik di pusat rawatan ini untuk mendapatkan rawatan. Sempat juga tokngah berinteraksi dengan makhluk halus ni, dia mengatakan dia akan menyihir pesakit ini sampai dia mati. Barulah dia puas hati.Dia mengugut tokngah agar jangan masuk campur urusan dia dengan bekas isterinya.Apa-apa pun bagi tokngah ini adalah tipu dayanya sahaja dan masa tu kita kena letakkan semua ketentuan adalah milik Allah.Tokngah mengatakan kepada jin tersebut bahawa tokngah di amanahkan untuk merawat pesakit yang telah dikhianati. Jadi tanggungjawab tokngah untuk merawat.Ada juga kawan-kawan tokngah yang tak terlibat dalam bidang rawatan bertanya tokngah,' tak takut ke terlibat dengan benda-benda macam ni?'.Sebenarnya selagi kita bernama manusia , perasaan takut, gembira, suka, sedih memang ada dalam diri manusia.Jadi bohonglah kalau tokngah kata tak takut semasa merawat.Perasaan takut tu tokngah buang ke tepi dan tokngah letakkan perlindungan hanya kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan tolong mereka yang menjaga agama Allah. Sebenarnya terlibat dalam bidang rawatan Islam ini adalah untuk menjaga akidah manusia. Cuba bayangkan kalau rawatan Islam ini tiada, tentu ramai pesakit yang akan pergi kepada bomoh-bomoh yang menggunakan perantaraan syaitan.Macam mana kita nak jawab dekat Allah nanti kalau rawatan ini tiada sesiapapun yang nak melibatkan diri.

Balik kita kepada pesakit tadi , sesiapapun yang menyihir samada bekas suaminya atau orang lain bagi tokngah itu tak penting sangat. Kalau betul suaminya yang melakukan perbuatan tersebut. Maka jelas dia telah melakukan kesyirikan kepada Allah. sw.t.. Tokngah berharap dan berdoa kepada Allah agar pesakit ini dapat pulih seperti sedikala. Insya Allah.

5 comments:

PakTeh said...

salam tokngah. betul.. merawat dgn kaedah tokngah ni dan kaedah rawatan konvensional di hospital - kategori fardhu kifayah. tetapi kaedah perawatan islam lebih unggul, sebab tawakkal yang tinggi pada Allah SWT.

Pak Ngah: said...

:: salam tokngah... maaf nak tanya sikit nii... hal2 orang kita yang merawat secara "healing" dan "reiki"... apa komen/pandangan tokngah...

insan kerdil said...

Tokngah kurang arif dengan kaedah tersebut. Bagi tokngah bukankah dah ada kaedah merawat penyakit sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi. Gunalah kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Jangan guna kaedah2 yang diragui oleh syara'

Pak Ngah: said...

:: salam... betul le tuuu...

:: kononnya diceritakan yang rawatan secara "healing" dan "reaki" ni dah hinggap kat orang2 muda kita... kaum bijak pandai kita... dan mereka berpegang teguh dengannya...

Ikhtiargangguanjin said...

Reiki ada campurtgn jin, sape yg ambil master reiki akn didatangi jin kerdil mcm rupa org jepun n dia akn cuba masuk dlm bdn penuntut. Jika blaku, katakan sepenuh hati 'aku tak nak engkau' byk2 x.

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você