Assalamualaikum. Pada kali ini tokngah nak berkongsi cerita yang berlaku pada hari penamaan calon.Pada hari tersebut tokngah sempat pergi ke klinik cawangan bersama-sama sahabat untuk mengadakan majlis zikir dan selepas itu hajat di hati untuk pergi ke tempat penamaan calon. Tokngah sempat juga menelefon pengerusi cawangan Ust F dan beliau meminta tokngah tunggu kat klinik sekejap kalau-kalau ada pesakit yang datang. Setibanya di sana hanya 2 orang perawat termasuk tokngah yang datang. Sahabat yang lain semuanya pergi ke tempat penamaan calon.Lebih kurang 5 minit selepas itu datanglah pesakit berturut-turut . Semuanya tokngah anggarkan sekitar 15 orang. Terpaksalah tokngah dan rakan yang satu lagi merawat mereka semua.Ada juga seorang 2 pesakit yang 'mandrem'dan ini mengambil masa yang lama sedikit untuk merawatnya.Kami selesai merawat sekitar jam 11.15 pagi.
Diringkaskan cerita,pada petang itu tokngah mendapat satu panggilan daripada suami seorang guru yang tengah sakit datang ke klinik tersebut. Tokngah memaklumkan kepadanya klinik rawatan hanya dibuka setiap hari Ahad jam 8.30-12.30 tengahari sahaja.Oleh kerana kasihan mendengar rintihan suaminya dan tak sanggup melihat keadaan isterinya ketika itu maka tokngah bersetuju merawat isterinya pada waktu malam selepas isya'. Lagipun rumahnya dengan rumah tokngah jaraknya hanya 5 kilometer sahaja.Tokngah pergi ke rumahnya bersama-sama rakan tokngah yang sering bersama merawat iaitu Ust.M dan Ust Z.
Setibanya di sana kami mengadakan majlis bacaan yaasin dan zikir. Ketika mengadakan bacaan yaasin isterinya yang berada dalam bilik sudah batuk-batuk dan mungkin makhluk halus itu sudah mengetahui akan kehadiran kami.Selesai bacaan yaasin dan merawat rumah, kami meminta suaminya memanggil isterinya untuk dirawat.Bila tokngah melihat muka isterinya yang sedang merenung tajam ke arah tokngah.Meremang bulu roma tokngah dibuatnya. Dalam hati tokngah mengatakan berapa ekor jin agaknya yang berada dalam badannya!. Bila ruqyah dibaca isterinya terus menjerit-jerit dan nak memuntahkan sesuatu.Kelihatan jin suka menyerang pesakit tadi di bahagian kepala dan muka.Perempuan itu merasa kepanasan di bahagian kepala seolah-olah macam ditikam dengan sesuatu.Kami juga sempat berinteraksi dengan makhluk halus tersebut dan makhluk tersebut akan menyihir pesakit tadi sampai mati. Barulah dia puas hati.Diringkaskan cerita kami selesai merawat isterinya sekitar jam 11.00 malam.
Isterinya ini seorang guru berasal dari negeri di Bawah Bayu.Isterinya menceritakan satu persatu sejak bila dia ditimpa sakit.Mengikut ceritanya ada seorang pekerja Am di sekolahnya yang juga merupakan seorang bomoh yang semuanya masyarakat setempat tahu dia ni menghantar sihir kepada pesakit dan dia juga akan merawat pesakit tersebut. Dengan serta merta beliau akan jadi terkenal di kawasan tersebut.Oleh kerana sudah tahu akan perbuatan pekerja am tadi menyebabkan beliau menjauhkan diri dari pekerja tersebut.Diringkaskan cerita selepas itu beliau sendiri ditimpa sakit.Beliau merasakan ada sesuatu seolah-olah macam ulat yang menjalar dikakinya.Bila dekat rumah beliau ternampak muka pekerja tadi di setiap dinding rumahnya. Akibat tidak tahan beliau suami isteri telah berpindah ke semenanjung. Rupa-rupanya jin yang masuk dalam badannya mengikutnya balik ke rumah walaupun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan.Bila kat semenanjung beliau juga diganggu di rumahnya.Beliau juga nampak satu lembaga yang berpakaian putih dan berambut panjang yang duduk dekat syiling rumahnya.Bayangkan ketika nak memandu kereta pun jin tadi boleh memusingkan kepala pesakit tadi ke sebelah kiri.Nasib baik tak kemalangan.Kalau nak cerita perkara-perkara ganjil dan pelik yang berlaku ke atas pesakit tadi memang tak habis.Sudah 2 tahun beliau ditimpa sakit.Mudah-mudahan pesakit tadi disembuhkan oleh Allah.
Sebelum pulang tokngah dan kawan-kawan sempat mengajar pesakit tadi ilmu untuk pendinding diri supaya dijauhkan daripada ancaman makhluk halus.Marilah kita sama-sama berdoa agar pesakit tadi cepat sembuh.InsyaAllah. Wallahu'alam.

6 comments:
Ana dah baca bersama2 kawan sek. di sini..mereka terpesona dgn kebolehan anta!
siannya cikgu pepuan tu..tak sangka plak benda jahat tu bleh ikot sebrang laut cina sltn..ermm..
:: ye... hati manusia kan berbeza... dan bagi yang "mengetahui" bantulah dalam batas kemampuan masing2... alhamdulillaah...
takut juga ilmu2 sihir ni..moga di lindungi
salam tokngah. moga tokngah sudi kongsi2kan & mengajarkan kami ilmu pendinding diri itu. semoga tokngah sentiasa dirahmati & diberkati Allah, bi idznillah, Insya Allah.
sama kes macam saya..tapi saya dengar suara halus suruh murtad..kejut pukul 4 pagi..
mmg dahsyat time tu..
Post a Comment