Tuesday, February 5, 2008

Pesakit Yang Istiqamah

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak menceritakan ada satu keluarga yang sakit kena sihir sangat istiqamah untuk mendapatkan rawatan.Bayangkanlah yang kena sihir tu satu keluarga iaitu suami, isteri dan anak-anak.Sebelum mendapatkan rawatan di darussyifa, sudah bermacam-macam bomoh yang mereka jumpa.Sampai ada satu tahap bomoh yang menetapkan harga iaitu satu orang bayarannya seekor kambing iaitu lebih kurang RM350. Bayangkan itu baru seorang kalau dah termasuk isteri dan anak-anak. Itu baru rawatan pertama belum masuk lagi rawatan ulangan.
Apa yang tokngah kagum dengan mereka ini ialah mereka sentiasa mendapatkan rawatan di klinik Darussyifa Bangi dan ada juga datang dekat klinik Darusyifa cawangan untuk mendapatkan rawatan.Mungkin dah sampai beratus-ratus kali agaknya.Mereka sentiasa istiqamah dalam mendapatkan rawatan .Mereka juga pernah beritahu tokngah, dalam seminggu, 2-3 kali mereka berulang-alik dari rumah ke Bangi yang memakan masa hampir 1 jam setengah.Itu belum dikira lagi rawatan diDarusyifa' cawangan.Sebagaimana yang Dr. Haron Din menyebut dalam kuliahnya, ada gangguan makhluk halus ni bila dirawat sekali sahaja dia akan sembuh, ada yang 2-3 kali baru sembuh dan ada yang berpuluh-puluh kali malahan beratus-ratus kali dirawat.Tokngah rasa pesakit tadi termasuk dalam kategori ke-3.
Tokngah pernah juga bertanya dengan isterinya semasa dirawat dengan Dr. Haron Din apa reaksinya.Dia mengatakan bila dia nak masuk ke bilik untuk berjumpa dengan Ust. Haron Din sahaja dia akan pengsan.Muka ust. Haron Din pun dia tak berani nak lihat.Itulah kurniaan yang Allah bagikan kepada mereka yang mempunyai sifat ikhlas dalam merawat.Ahamdulillah, tokngah dapat tahu mereka suami isteri sekarang sudah menjadi Pelajar Darusyifa ambilan ke-20.Nampaknya mereka ni juga mengikut jejak langkah tokngah untuk menjadi perawat.Kalau dulu mereka dirawat, tapi selepas ini mereka akan merawat. Alhamdulillah..Wallhua'lam

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam tokngah... pengalaman pesakit yang sebegitu lama menjadikan mereka terpanggil untuk membantu pula... agar pesakit lain tidak mengalami sebagaimana yg telah dialami mereka...

PakTeh said...

salam tokngah:
ada orang kata, pesakit yang dah terlalu lama diganggu, mereka lebih mudah mendalami dan mengenalpasti unsur2 makhluk halus di sekitar mereka. betul ye?

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você