Wednesday, March 12, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum. Agak lama juga tokngah tak update blog tokngah ni. Tokngah sebenarnya balik kampung di Kelantan untuk mengundi . Bagi kami orang Kelantan dah selesa dengan kerajaan PAS di bawah kepimpinan ulama.Kami bila mendengar doa tok guru sahaja sudah mengalirkan air mata. Itulah berkat dan rahmatnya berada di bawah kepimpinan ulama.


Semasa di kampung sempat juga kakak ipar di Terengganu meminta tokngah merawat anaknya yang kena demam panas. Apapun selepas merawatnya, tokngah menasihatinya supaya pergi juga ke klinik. Bila balik ke Kelantan pun sama, ada jiran-jiran nampak tokngah, terus dia beli air di kedai dan meminta tokngah bacakan air penerang hati untuk anaknya yang dikatakan agak nakal. Harapan tokngah agar tokngah dijauhkan perasaan megah bila dikurniakan ilmu dan merawat pesakit seikhlas yang mungkin. Dua hari di kelantan sempat juga tinjau-tinjau dekat kawasan kampung untuk mencari daun yang dikatakan boleh merawat sawan. Sawan ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sawan tangis,sawan tarik dan sawan babi(gila babi).Petua tersebut diberikan oleh Tn. Guru semasa belajar di Darussyifa.Banyak juga pesakit sembuh dengan izin Allah menggunakan kaedah tersebut.Daun-daun tersebut boleh disimpan dan akan digunakan bila sampai masanya nanti. Insyaallah.


4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam tokngah... berbaloi tokngah balik kampung... bulan masih bercahaya menerangi di sana sebagaimana hajat tokngah... malah semakin bertambah dari dulu... tahniah kat orang kelantan...

:: maaf tanya sikit... daun apa yang dimaksudkan tuuu...

tokngah said...

Daun tu ialah sebarang daun yang melekat hoyong-hayang di sarang labah-labah. Syaratnya pula pula daun tu mesti diambil dengan mulut.Memang susah nak mencarinya.Itulah rahsia perubatan............

yanglerni said...

salam tokngah...aunty pun penyokong pas gak...almaklumlah auntypun dari kelantan jugak...tapi aunty tak boleh langsung menerima dap...

leo84 said...

salam tokngah...mohon bantuan...ape mksdnyer daun yg melekat hoyong2 tu?adakah daun t'sbt mlkat dlm keadaan yg berserabut/x teratur?siapa yg perlu mgambil daun t'sbt?org yg sakit or sspa shj? & apa yg perlu dibuat dgn daun t'sbt?hrp tokngah dpt m'bntu..kakak sy ada pykit sawan hasil buatan org/sihir..dah 10 tahun kena,x smbuh2 lg..ikhtiar pun dh byk,tmasuk bbrapa kali ke darussyifa..tq

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você