Friday, January 25, 2008

Guna Khidmat Bomoh

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak membincangkan kes yang tergempar di mana seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Sharlinie hilang dipercayai diculik.Diberitakan sekumpulan 50 tok bomoh dari sebuah pertubuhan menawarkan perkhidmatan mereka mencari Sharlinie yang telah 2 minggu tidak dijumpai.Dari gambar beberapa cerapan dapat kita perhatikan, antaranya uniform berwarna hitam dan memakai cincin akek sepasang di tangan kiri dan kanan. Mereka membawa burung merpati putih yang kemudiannya dilepaskan, sejenis daun seperti pokok pandan dan sebagainya.Adakah mereka menggunakan khidmat jin?. Kalau benarlah mereka menggunakan khidmat jin maka perbuatan tersebut jelaslah perbuatan khurafat.
Kalau ikutkan perasaan, semua lapisan masyarakat Malaysia marah kepada penculik tersebut.Mungkin bomoh-bomoh tersebut mempunyai niat yang baik untuk menolong mencari Sharlinie yang hilang tetapi cara untuk menolong itu adalah salah. Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara. Sebagai contoh nak menyara nafkah anak-anak,tetapi dengan melakukan perbuatan yang haram di sisi agama seperti berzina,mencuri, berjudi dan sebagainya. Apa salahnya kita sebagai seorang Islam melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah supaya Sharlinie itu dapat ditemui semula.Apa yang paling penting adalah kesabaran kerana Allah nak menguji keimanan seseorang. Wallahu'alam

3 comments:

PakTeh said...

betul tu. usaha2 tetap perlu juga. tetapi doa & pasrah pada-Nya tetap kena ada. baru namanya tawakkal yang sebenarnya. kan, Tok Ngah?

Pak Ngah: said...

:: salam TokNgah... ibubapa "mangsa" tersepit di dalam DUA keadaan... ada orang nak bantu di satu pihak... dan keyakinan beragama di pihak mereka... dan mungkin "kesedihan" yang teramat sangat telah menjadikan keadaan sebegini... kekadangnya tenggelam punca...

khairul anuar said...

Mengapa Tuhan perlu uji seseorang kalo Dia tahu orang itu akan gagal ujian tersebut? Hilang anak, ibu bapa mana yang sanggup terima? Kalo asyik duduk atas tikar sejadah saja ambil berambu - rambu air mata berdoa sekali pun, memang confirm Dia tak kan kembali kan punya anak tu. Mau tak mau, mintak jugak khidmat bomoh. Tuhan kata orang yang dianiaya akan dimakbul kan doa nya. Tok Ngah percaya ka? Saya yang dah kena aniaya, sampai la ni, orang yang aniaya saya tu sedang enak menikmati hidup dia. Saya pulak yang terpaksa tanggung beban yang dia buat kat saya. Dah berdoa sampai letih. Tak dak apa perubahan pon.

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você