Friday, January 18, 2008

Pengalaman Pesakit Dari Jepun

Assalamualaikum ,pada kali ini tokngah dapat satu artikel dalam internet berkaitan dengan pengalaman pesakit bila di rawat.Pesakit ini tinggal di Jepun dan balik ke Malaysia untuk mendapatkna rawatan saka. Jadi kita ikuti pengalamannya.

Assalamualaikum.Baru-baru ni saya balik malaysia.Kakak saya dah arrangekan utk buang saka dgn seorang perawat dari Baling..kami telah menyediakan 24jenis brg2 utk bekalan jin2 tu pergi ke suatu tempat termasuklah ayam panggang,telor,gulai dll.Benda2ni diletakkan dlm perahu upih pinang..

Saya ragu-ragu dengan kaedah begini seolah-olah menjamu dan ikut kehendak jin2 tu tapi terpaksa ikut je sebab kakak sulung saya dah arrangekan, katanya pakcik ni guna keadah Islam seperti ust Harun din juga..

apa yg saya tgk, kaedah ust Harun Din tak begini.

Sewaktu perubatan tu, saya tiba2 mengilai2 dan berckp sedih, tak mau pisah..lepas berubat tu saya tak rasa ringan pun,masih susah nak tidur..

kemudian saya pergi jumpa seorang perawat Darussyifa yg bernama cikgu mad di Kuala Selangor.Waktu dirawat oleh Cikgu Mad, ternyata ia masih ada dlm bdn saya,terpekik terlolong saya bila diruqyah dgn surah Yasin dll.

Waktu jumpa Cikgu mad tu saya dah nak balik ke jepun dan tak sempat dirawat byk kali..

saya sempat pergi kali ke2 sebelum blk dan diruqyah lagi dgn ayat2 alquran dan zikir..saya nampak macam api putih atau current terpercik dari tgn cikgu mad setiap kali dia pegang kepala saya..saya pejam mata pun masih nampak. paling sakit bila ditekan belakang telinga saya sampai terlolong2 dan terkeluar sejenis bahasa dari mulut saya...

sebelum ni pun saya pernah dgr bahasa ni waktu adik saya meracau(adik saya lagi teruk sebab ada saka, disihir oleh teman lelaki dan disihir oleh maksedara).


cikgu mad ckp dia hanya merawat, yang menyembuhkan ialah Allah. sebab masa suntuk sgt utk rawat betul2.tp dia bekalkan air utk mandi dan minum serta buku surah2dan zikir yg perlu baca..

so buat masa sekarang saya masih terasa beban dibahu sayani,tambah2 tiap kali saya pergi kelas@lab jadi berat sgt bahu dan sakit2..kdg2 bila solat rasa sakit2 bdn rasa macam nak demam.saya tak pasti jin apa yg duduk kat saya sebab keluarga saya sekarang diganggu saka.

Itulah pengalaman pesakit yang boleh kita ambil teladan. Yang tokngah kecil hati ada lagi bomoh-bomoh yang menggunakan nama Tn. Guru Dr. Haron Din semata-mata untuk mencari publisiti.Kita di Darussyifa tidak menggunakan barang-barang tersebut untuk menjamu jin bahkan perbuatan tersebut adalah satu perbuatan khurafat.Di Darussyifa, kami hanya menggunakan ayat-ayat Quran dan doa-doa sahaja untuk merawat pesakit.Dr. Haron Din selalu mengingatkan muridnya supaya sentiasa sembahyang hajat dan meminta supaya pesakit yang dirawat disembuhkan oleh Allah.Wallhua'lam

4 comments:

Abang Putra said...

TokNgah,
Benar ada kalangan bomoh kita mengaku kononnya mereka menggunakan kaedah Islam walhalnya tidak. Kita kena berhati2...

yanglerni said...

eh takut dengar cerita tokngah kali ni...yang peliknya mengapa mereka tu sendiri tak nak mengamalkan bacaan surah al-kursi..kan lebih baik

tokngah said...

Itulah yang sebaiknya mengamalkan ayat Qursi setiap hari

FairoZ ShaH said...

salam,boleh sy dapatkan no.tel cikgu mad yang ubatkan pesakit tu x?saya nak berubat,saya boleh datang ke kuala selangor.sesiapa ada no cikgu mad,tlg msg no beliau kat no sy ni 012299474

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você