Wednesday, November 7, 2007

Prinsip perubatan dalam Islam


Konsep Perubatan Islam mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab itu ialah Allah, al-Khaliq, yang berkuasa melakukan sesuatu. Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata: jadilah, maka jadilah (Yasin: 82).


Asas Perubatan Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri lebih baik daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya (al-Baqarah:195), tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang, berlebihan dan sebagainya. Allah s.w.t. menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang daripada mengambilnya berlebihan (al-Anam: 141).
Rasulullah s.a.w. ada bersabda: (Perut itu ialah tempatpenyakit). Menurut Shamsuddin Muhammad (t.t.:13), keperluan pada makanan itu ada tiga tahap; iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t. memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit.
Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman menjadi sempit. Apabila minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit, menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat. Semuanya ini menyebabkan berlakunya kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat. Kesihatan adalah nikmat yang besar yang sering terabai.
Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas menyatakan tentang adanya seorang Arab yang bertanyakan Rasulullah s.a.w. apa yang perlu ia pohon setiap kali selepas sembahyang lima waktu. Baginda menjawab agar ia memohon kesihatan daripada AIlah. Lelaki tersebut merasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Setelah bertanya buat kali ketiga, baginda akhirnya menjawab agar ia memohon kesihatan di dunia dan akhirat. Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah " yang tersebut dalam ayat al-Quran (at-Takathur:8): yang akan ditanya oleh Allah terhadap hambanya pada hari kiamat kelak ialah kesihatan.

2 comments:

TokNabe said...

Salam....
Perubatan Islam alternative kepada perubatan moden. eloklah info2nya disebar dan diketengahkan agar ramai orang mengetahui dan mendapat manafaat.

Unknown said...

Salam,,, saya nak tahu lebih lanjut,,, tolong msg atau whatapps no saya 01112401829 hisan....

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você