Tuesday, December 25, 2007

Alam Bunian

Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.
Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.
“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa merawat, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.
Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.
Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.


FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

18 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... menarik le entri ni...

sukabenar said...

Assalammualaikum..Jika tak berapa faham tentang orang bunian ni janganlan memandai..belajarlah hingga dianugerahkan kashaf Billah..barulah dapat bezakan jin @ bunian..kekadang kita ni selalu suka membuat andaian sedangkan andaian tersebut tersasar dari fakta..kan fitnah tu...

PWSTM BLOG/LONGKEDAH said...

salam

bunian ini adalah manusia di zaman rasulullah saw.

tetapi di sebab kan mereka ini tamak dan kedekut dan malu pada baginda jadi mereka meminta kepada baginda agar diri mereka di hilangkan dari muka bumi nyata ini.yakni di ghaibkan dari pandangan manusia.

kisah mereka ini adalah mereka menjemput nabi utk hadir jamuan di tempat mereka.tetapi mereka ini jenis yg kikir.jadi mereka ini menyediakan kambing panggang.kerana terlalu kedekut dan kikir walau dengan nabi ,maka apabila nabi ingin menjamahnya maka turunlah wahyu drp allah mengatakan bahawa kambing tersebut adalah anjing.jadi baginda marah , dan bagi menutup aib dan malu mereka kerana perasaan kedekut dan kikir jadi mereka meminta diri mereka di hilangkan daripada pandangan manusia.jadilah mereka buniyyan pada asalnya.mereka hidup macam kita juga.

wallahualam

PWSTM BLOG/LONGKEDAH said...

salam

bunian ni senang saja nak mengecamnya mereka tiada alur atas bibir mcm kita.dan mereka sering masuk ke alam kita utk membeli belah dan menggunakan duit kita ,cuma kita sahaja tak perasan.

mereka juga menggunakan kenderaan mcm kita, mereka solat dan berbuat amal kebajikan sama spt kita.

mereka juga menjawab salam seperti kita.cumanya mereka ini amat seni titah lakunya.bersopan santun jika yg islamnya.

mereka juga mempunyai ilmu yg tinggi.mereka mempunyai ilmu hikmah yg hebat2.kerana itu pelbagai2 barangan alam mereka yg pelik2 kalau kita terjumpa.

PWSTM BLOG/LONGKEDAH said...

jadi kita jgn salahkan mereka.
mereka juga makluk allah juga.tiada beza pada sisi allah snwt.yang membezakannya adalah iman seseorang.

wallahualam

wada said...

salam, bukan semua bunian jahat, tamak dan kikir....aku di lahirkan dari percantuman dua alam....aku banyak habiskan amsa ku di dunia dari kampung ku...kaum ku ada yg baek seperti manusia jugak...aku ingin nak kenal manusia..tapi aku sedeh..ada yang tak jujur dan jahat.....salam kenal qurrratul ain

mafaka said...
This comment has been removed by the author.
Habib said...

Maha Suci Allah...mentadbir segala alam...

toysdark said...

bunian....teringat ak pd arwah ma n pa serta teman yg telah pergi alam bunian.ak amat rindu pd dorang...

JEira Sudarmuji said...

assalamualaikum . saya berminat tentang alam bunian ini . saya harap tuan sudi berkunjung ke blog saya . saya turut brcerita mengenai bunian . minta pendapat tuan tentang penulisan saya . terima kasih . http://missenta.blogspot.com/

Ameng114 said...

Assalamualaikum....kalau boleh,belajar lah mendalami asal usul cerita dahulu,barulah bentangkan...kalau yg dibentangkan tak betul,dibimbangi mudarat segala nya....jangan lah memandai buat cerita kalau tak belajar dahulu...

idawamsi said...

a'kum, saya ada anak yg blh tengok alam ghaib, tiap malam masa tido dia akan di bawa ke alam ghaib. di sana anak saya cerita dia di kampung.saya pernah berdalog dengan mereka .mereka beritahu mereka tak sama dengan orang bunian.dalam dialog tersebut dia memberitahu saya dia heran kenapa setiap bulan penuh ada seorang wanita bunian akan berjumpa dengan saya tanpa d sedar oleh saya. nama bunian itu fatimah.dalam masa itu dia memanggil bunian tersebut .bunian tersebut hendak memegang saya tanpa d sedar saya. dia memberi amaran pada bunian tersebut jangan datang jumpa saya lagik.

idawamsi said...

sambungan dari cerita saya tadi di alam ghaib anak saya pernah di lamar oleh raja laut, tetapi lamaran d tolak oleh orang kampung yang menjaga anak saya. di cerita oleh anak saya lamaran di tolak sebab salah seorang ketua d kampung tersebut yang anak saya panggil sebagai atuk membertahu kepada raja laut tersebut bahawa alam anak saya berbeza dengan alam ghaib.semua orang dalam rombongan tersebut membawa dulang yang berisi emas.anak saya pernah pergi k istana raja laut tersebut. d alam ghaib tersebut penduduk d situ tidak d bena bercakap dengan anak saya kecuali dengan izin atok nya d kampung tersebut. cerita ini bukan rekaan dari saya tapi pengalaman anak saya.saya nk kongsi kepada yang minat. siapa yang tahu tentang apa yang saya cerita tentang anak saya tolong perjelaskan dekat saya. saya tak faham yang saya tahu ijab mata anak saya dah d buka oleh alam ghaib,

Anonymous said...

menarik

Unknown said...

ni pengalaman pakcik aku di melake..bkan pgalaman ak..tp die pernah la bercerite peglman die terserempak dengan bunian ni. Pakcik ak ni tiggal kt sbuah kampung di daerah alor gajah, cerite die mcm ni, hidup kt kg biase la pakcik ak ni ade menternak kerbau dan tiap petang dia akan jemput kerbau2 die ni tuk pulang ke kandang..pagi lepaskan kerbau ni tuk makan, then petang halau balik..mcm tu la rutin die tiap hari. dipendekkan cerite, satu petang tu die xtaw knape kerbau die bleh pegi makan jauh sgat sampai kt dalam sebuah ladang kelape sawit yg kire2nye mcm baru nk tanam la...kelape sawit tu bersempadan dengan hutan simpan. so die ni pn pegi la halau kerbau die ni tuk pulang mase tu lebih kurang pkul 7 lebih la..senje dah la mcm tu ditambah pulak dgn hujan renyai2...tbe2 die trhidu bau yg sangat wangi...lbih kurang mcm bau pak haji nk g masjid tu ...yes bau minyak atar..tp die kate lg wangi dari tu..ha bleh bayang x..haha...senje2 bau pelik2 plak ape lg die terus bergegas la nk balik kerbau tu esk punye cerita...time die cemas nak balik tu la tibe2 die trserempak dengan makhluk tu....time tu die ckp due2 tergamam bunian tu tgamam pakcik ak pn trkaku..sbb due2 tekejut..pakcik ak ckp bunian tu berdue, sorg lelaki sorg perempuan..ak tnye la mcmne rupenye cantik ke...die ckp die pn xtaw nk gmbrkn mcmne..die kate mse terserempak tu pasangan tu tgh bjalan smbil yg prmpuan tu peluk tgan lelaki tu..bekepit la mcm tu...bile trgamam tu dorg trus brenti dan toleh pakcik ak dengan pandangan yg xbleh die lupekan xbkelip mate dieorg...senyum x...marah pon x...

Unknown said...

pakcik ak kate lg due2 bunian tu nk kate cantik tidak...nak kate xcantik pn tidak..mmang die xbleh gmbarkan macamane..mmang xkn jmpe rupe tu dalam alam kite nak samekn mcm siti nurhaliza ke siti saleha ke..mmang xbleh lawan...ha hambik ko bleh bayang x cane rupe die....pakaian die plak pakcik ak ckp pkaiaan org lame jawa....yg lelaki ade pkai songkok yg org jawa pakai tu ape name tah...baju pn bju batik jawa...yg perempuan tu pkai baju kebaya lama jawa semua brcorak batik jawa...ak rase bunian jawa kot hehe...lepas tu pakcik ak terkaku xbleh ckp ape2 bile dah brtentang mata mcm tu...bunian 2 org tu tenung pakcik ak xsmpai 15 saat dieorg toleh dpan and terus bjalan smbil yg pompuan tu dok kepit tangan lelaki tu...pakcik ak still mcm tu tgamam lg smbil tgk dorg pegi terus masuk dlm hutan simpan tu....ak ckp kt die tu indon keje kt klape sawit tu kot...die kate xde kotor tanah ape pn kt bju die kain die basah pn tidak sdangkan time tu ujan renyai...n nk g mane dlm utan simpan tu...mse tu hr pn da nk gelap...lepas bunian tu dah xnmpak lg dlm hutan tu bru la plahan2 pakcik ak jalan balik die bingung lg time tu xlari mcm org nmpak hantu...smpai kt umh pakcik ak cite kt mak die, terus kene bebel dgn org tue tu.. tu la da senje2 dok dlm rumah...tu org tue2 dok kate mcm tu kn sbb senje adalah mase pertukaran untuk makhluk halus..mcm shiff la..kite shiff siang...dorg shiff malam....sejak haritu ade sikit perubahan la kt pakcik ak ni...mak die ade cite pakcik ak ni da smakin pndiam....suke dok kt pangkin dpn umh sorg2 temenung...xtaw la ak kn...smpai skang die masih mcm tu...tp ble kite bkak cite pasal bunian ni die akan cerite dgn pnuh smangat...tp kne pndai2 la cungkil sikit2..mcm ak buat ni..hehehe...ade atok tu ckp kawasan yg pakcik ak pegi tu mmang ade perkampungan die....penah zaman 60an dulu atok tu cite bunian ni baik2..suke tolg manusie...atok tu kate mase zaman die mude dulu ade pnah org kmpung masuk hutan cari kayu api..zaman tu org kampung susah xdak dapur gas la...lepas da ikat2 kayu api tu dgn rotan pakcik tue tu pikul la satu2 kayu api tu bwak balik rumh...ade lbih kurang 10 ikat kayu api atok tu dpt tp atok tu dpt bwak 2 ikat je...satu ikat pon dah satu pemeluk saiz die kyu api tu bile diikat...xpelah ulang alik la angkat...sampai je kt rumah atok tu , atok tu trperanjat tgk yg lapan ikat kayu api td da sampai kt rumah die siap tersusun cantik je.....atok tu mule cemas tgk kiri kanan...tbe2 atok tu trdengar suare lelaki bcakap, “ kalau nk mintak tolong lg bg tahu lah ye tok ” tp orgnye xde..suare tu dekat sgt....xlogik sorg lelaki boleh bawak lapan ikat kayu api dgn mcm tu pnye pantas..dan jauh...tula atok tu ckp..mmang btol la jin ni kdang2 ade yg baiknye...ade yg jahatnye..ape pon die ttap makhluk Allah kite berkongsi tuhan yang same..alam je berlainan...tp ciptaan kite manusia lebih mulia dari jin....ini cerita benar dari org2 lama...kalau berbohong orang2 lama tu...berbohong la aku...kita sebagai org islam wajib percaya pada sesuatu yg ghaib itu..Waalahu a’lam

Hidup Melayu Islam said...

Bunian ni tak boleh dengan surah Ashshaffat,mereka kalau dengar lari.

zaaimmullah said...

Asalamualaikum

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você