Monday, December 31, 2007

Adakah ini pokok bidara?

Assalamualaikum. Sewaktu tokngah membawa anak dan isteri berjalan di sekitar taman ,tokngah ternampak satu pokok yang imbas-imbas macam pokok bidara. Tokngah kehairanan biasanya pokok bidara ditanam atau tumbuh dengan sendiri di kawasan hutan atau semak-semak. Tapi pokok yang tokngah lihat ni ditanam dikawasan taman rumah. Tokngah berfikir sejenak. Adakah pemilik rumah ni juga seorang perawat?

Untuk makluman pembaca blog. Pokok bidara dimana daunnya sebenarnya mempunyai khasiat dan sangat mujarab bagi penyakit-penyakit spritual(gangguan makhluk halus). Daunnya digunakan untuk dibuat mandi selama 3 hari berturut-turut.Kalau
di Darussyifa, berhampiran dengan klinik ini ada ditanam pokok tersebut. Ini memudahkan pesakit mengambil daunnya untuk dibuat mandi. Biasanya orang dulu-dulu menggunakan daun ini untuk dibuat mandi mayat. Kalau disebelah Pantai Timur masih lagi digunakan daun ini untuk memandikan mayat.

Timbul persoalan kenapa daun ini digunakan untuk memandikan mayat. Kata Tok Guruku Dr. Haron Din , bagi pandangan beliau ada juga segelintir orang yang meninggal dunia ini banyak menimbulkan fitnah kepada orang hidup. Ada yang mati dan sudah ditanam dilihat oleh anak-anak balik semula ke rumah dan ini banyak menimbulkan keresahan anak-anak dan penduduk kampung.Sebenarnya orang yang menyerupai simati itu bukanlah simati tetapi Qareen.Mungkin semasa hidup simati ada mengamalkan ilmu-ilmu yang salah di sisi Islam.Jadi untuk mengelakkan perkara itu berlaku digunakan daun bidara.

Melihat pokok tersebut, tokngah pergi ke rumah tersebut dan berjumpa dengan tuan rumah. Mengikut maklumat tuan rumah pokok tersebut ialah pokok epal yang telah dikacukkan.Beliau membelinya di Batu Pahat.Tetapi bagi tokngah, tokngah memaklumkan kepada dia pokok tersebut menyerupai pokok bidara. Apa-apapun tokngah terus telefon kawan perawat tokngah Cikgu K yang lebih arif tentang pokok ni, beliau mengatakan pokok bidara sebenarnya ada 2 jenis. Walaupun bentuk pokok dan daunnya seakan sama tetapi ada perbezaan dari segi duri dan rantingnya.Pokok Bidara yang nak digunakan duri dan rantingnya agak keras sedikit. Apa-apaun kita lihat foto di bawah:










Inilah gambar daun bidara yang sempat tokngah rakam.



Inilah daun pokok bidara yang nak digunakan untuk memandikan pesakit.Hampir sama cuma berbeza sedikit dari segi daun yang sedikit panjang dan durinya yang agak keras.

Saturday, December 29, 2007

Kumpulan-Kumpulan Jin

Assalamualaikum. Hari ini tokngah nak membicarakan perihal kumpulan-kumpulan jin.Rupa-rupanya jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-
Kumpulan yang menunggu kubur
Kumpulan yang menunggu gua
Kumpulan yang menunggu mayat
Kumpulan yang menunggu air mata air
Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
Pemimpin-Pemimpin JinJin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Jenis-Jenis Jin
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
Al-Afrit - Penipu-penipu
Al-A'waan - Pelayan-pelayan
Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
Al-Qurana - Pengawan-pengawan
Al-Ummaar - Pemakmur.
Anak-anak Iblis Yang Mempunyai Kerajaan Yang Besar
Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
JENIS-JENIS JIN - ( Gelaran-Gelaran Jin )

Gelaran-Gelaran Jin Dalam Istilah Orang Melayu Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
(a.) - Hantu Raya
(b.) - Hantu Toyol
(c.) - Hantu Pelesit
(d.) - Hantu Kubur
(e.) - Hantu Jerangkung
(f.) - Hantu Galah
(g.) - Hantu bungkus
(h.) - Hantu Bidai
(i.) - Harimau Jadian
(j.) - Hantu Pontianak
(k.) - Hantu Langsuir
(l.) - Hantu Air
(m.) - Hantu Pari
(n.) - Hantu Laut
(o.) - Jin Tanah
(p.) - Hantu Pochong
(q.) - Hantu Pari-Pari
(r.) - Jembalang Tanah
(s.) - Hantu Polong
(t.) - Harimau Penanggal
(u.) - Hantu Bukit
(v.) - Hantu Punjut
(w.) - Hantu Bawah Tangga
(x.) - Hantu Kum-Kum
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) - Hantu Tengelong
Mukhannats Adalah Anak Jin Atau Syaithan Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.
9 Anak-Anak Syaithan Yang Lainnya.
ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Thursday, December 27, 2007

Berdialog Dengan Jin

Assalamualaikum. Kadang-kadang semasa merawat ada juga kadang-kadang pesakit yang dirawat dapat berinteraksi dengan kita. Tetapi pesan tok guru tokngah segala percakapan jin berkenaan jangan percaya bulat-bulat. Sebab kebanyakannya suka menipu.Memang tujuannya untuk merosakkan dan memporak-perandakan manusia. Sebagai contoh jin yang dikatakan masuk di dalam badan pesakit itu mengatakan sebenarnya dia diupah oleh jiran sebelah rumah atau kawan baiknya sendiri kerana sakit hati melihat pesakit itu senang. Pada hal jiran atau kawan baiknya itu tidak tahu menahu hal yang demikian. Jadi kalau kita mudah percaya tentang percakapan jin ini sudah tentu hubungan kita dengan jiran atau kawan kita tadi akan menjadi renggang dan itulah matlamat mereka.Berikut tokngah berikan contoh percakapan jin dengan ulama yang terkenal iaitu Syeikh Wahid Abdul Salam.

CONTOH PERTAMA
Percakapan antara Syeikh Wahid Abdul Salam dengan jin yang pernah masuk ke dalam tubuh seseorang.
SYEIKH : Siapakah namamu?JIN : Syeikh Muhammad.
SYEIKH : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh perempuan ini?JIN : Kerana dia memijakku di bilik mandi.
SYEIKH : Tinggalkanlah dia demi ketaatan mu kepada Allah.JIN : Tidak, saya tidak mahu meninggalkannya.
SYEIKH : Jika kamu tidak mahu meninggalkannya, maka dengarkanlah, ( Lalu Syeikh itu membacakan awal Surah As-Shaffat hingga jin itu merasa sakit serta menangis dan berkata ) "Saya akan keluar dari tubuh wanita ini".
SYEIKH : Keluarlah kamu sekarang. Akan tetapi jin itu berbohong.
SYEIKH : Kalau kamu tidak juga mahu keluar, maka dengarkanlah! Lalu saya membaca untuknya awal dari surah Al-Jin.JIN : Baiklah aku akn keluar.
SYEIKH : Setelah mengucapkan Assalamu'alaikum, jin itupun keluar. Segala puji untuk-Mu ya Allah.


CONTOH KEDUA
Seorang perempuan sakit pernah datang kepada Syeikh, lalu Syeikh membacakan kepadanya Surah Al-Fatihah, tidak lama selepas itu, jin yang menganggunya itupun datang.
SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Namaku Muhammad.SYEIKH : Saya adalah seorang Muslim.
JIN : Saya juga Muslim.
SYEIKH : Adakah jin yang lain yang bersama denganmu dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Bersama denganku ada jin yang beragama Nasrani namanya Subhi.
SYEIKH : Suruh dia datang, aku ingin berbicara dengannya. Kemudian jin itu memanggilkan jin yang bernama Subhi.
SYEIKH : Siapakah Namamu?
JIN : Namaku Subhi
SYEIKH : Apakah kamu beragama Islam?
JIN : Tidak, saya adalah seorang Kristian.
SYEIKH : Berapa umurmu?
JIN : 18 Tahun
SYEIKH : Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
JIN : Ya, saya bekerja dengan seorang perempuan tukang sihir dari daerah Dasuq.
SYEIKH : Lalu saya menawarkan kepadanya supaya dia masuk ke dalam agama Islam, lalu dengan kerelaan hatinya dia mahu masuk Islam.
SYEIKH : Apakah kamu masuk ke dalam agama Islam ini betul-betul dari lubuk hatimu ataukah hanya sekadar dengan lidahmu?
JIN : Dari lubuk hatiku. ( Sambil menangis ): Akan tetapi saya telah banyak menyakiti orang.
SYEIKH : Mudah-mudahan Allah akan mengampunimu. Oleh kerana itu, bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat.
JIN : Akan tetapi saya tidak pandai berwhuduk dan solat.
SYEIKH : Apakah kamu kenal dengan jin yang beragama Islam?
JIN : Saya tidak mengetahuinya kecuali yang saya tahu hanya jin yang beragama Kristian dan gereja sahaja.
SYEIKH : Kamu boleh datang ke masjid tempat kami solat, kemudian kerjakanlah solat bersama kami dan berkenalan dengan saudara-maramu dari jin Mukmin dan belajarlah perkara agama daripadanya.
SYEIKH : Apakah kamu masih akan tetap bekerja dengan tukang sihir itu?
JIN : Tidak, kerana agama Islam melarang berbuat demikian
SYEIKH : Kemudian jin yang telah masuk Islam itupun berjanji kepada Allah dan keluar dari tubuh perempuan itu. Semoga Allah akan menguatkan agama Islam yang telah dipeluknya. Selepas itu jin yang bernama Muhammad datang dan aku tanyakan kepadanya: Apakah kamu mendengar peritiwa yang baru saja terjadi?
JIN : Ya, saya mendengarkannya.
SYEIKH : Bagaimana perasaanmu?
JIN : Sangat senang, kerana dia telah masuk ke dalam agama Islam.
SYEIKH : Selepas itu jin bernama Muhammad tersebut berjanji kepada Allah dan tak lama kemudian ia pun keluar dari tubuh perempuan itu. Semuanya ini hanyalah kurnia dari Allah.


CONTOH KETIGA
Datang seorang perempuan kepada Syeikh dalam keadaan mengeluh kerana rasa sakit di badannya. Setelah Syeikh memeriksanya ternyata dalam tubuh wanita tersebut ada jin, lalu Syeikh membacakan ayat-ayat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu, maka datanglah jin yang bernama Zainab Abdul Maujud, maka terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin itu :
SYEIKH : Apakah agamamu?
JIN : Islam.
SYEIKH : Apakah bacaan Al-Qur'an dapat berpengaruh terhadap jin yang beragama Islam?JIN : Ya.
SYEIKH : Surah-surah apakah yang dapat berpengaruh kepada jin?
JIN : Sebagaimana surah-surah yang kau perintahkan untuk membacanya, iaitu surah Yasin, Ad-Dukan, As-Shaffat dan Al-Jin.
SYEIKH : Bagaimana dengan surah Al-Baqarah?
JIN : Juga sangat besar pengaruhnya, bahkan membakarnya.
SYEIKH : Apakah perempuan yang kamu masuki ini membaca ayat-ayat Al-Qur'an tersebut?JIN : Ya, setelah dia mengerjakan amalan-amalan tersebut saya pun menjadi lemah hingga saya merasa kesakitan, dia juga membaca doa ketika makan, sehingga saya tidak dapat makan bersamanya. Jika ia lupa membacanya pada waktu dia akan makan, dia membaca: "Bismillahi awwalihi wa akhiri", lalu saya memuntahkannya kembali apa yang telah saya makan.
SYEIKH : Apakah perbezaannya antara jin dan syaitan?
JIN : Syaitan juga adalah jin akan tetapi dia kafir dan membangkang. Selepas itu jin itu berkata: Lepaskan aku!
SYEIKH : Dari manakah kamu akan keluar?
JIN : Dari mulut perempuan ini.
SYEIKH : Sambil mengucapkan "Assalamu'alaikum" jin itupun pergi. Semuanya ini adalah kurnia dari Allah SWT.

Tuesday, December 25, 2007

Alam Bunian

Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.
Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.
“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa merawat, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.
Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.
Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.


FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

Saturday, December 22, 2007

Keajaiban Air

Assalamualaikum. Agak lama juga tokngah tak dapat nak update blog ni. Tokngah sebenarnya balik kampung. Maklumlah kat kampung tu susah nak dapat internet.

Hari ni tokngah nak bincang pasal keajaiban air.Ketika tokngah belajar di Darussyifa' pun ada dimasukkan sukatan pelajaran berkaitan air. Air inilah yang memberi kesan kepada pesakit dengan izin Allah. Berikut disenaraikan urutan air yang baik untuk didoakan ketika merawat pesakit iaitu:

i. Air Zamzam
ii.Air Kolah Masjid
iii.Air hujan malam Jumaat
iv. Air mineral

Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan ada macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan,ada yang tak nak buka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.

Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.

Perhatikan!

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya.








Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya







Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya. Di sini tokngah nak ajar satu ilmu kepada pembaca blog ini berkaitan dengan air dan diharap pembaca blog ini dapat mencubanya. Ambil air mineral sebanyak 2 gelas dan ambilkan satu tasbih.
Untuk gelas pertama cuba bacakan kalimah Allah seperti bismillah @fatihah@yaasin dan sebagainya. Untuk gelas kedua cuba ucapkan kata-kata yang jahat pada air itu seperti jahanam,celaka,sial dan sebagainya. Kemudian ambilkan tasbih letakkan diatas gelas tersebut. Insyaallah gelas yang dibisikkan kalimah Allah akan berputar tasbihnya dan gelas yang gelas yang dibisikkan kata yang jahat tidak akan berputar. Tapi dengan syarat kena "yakin".Isyaallah. Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan. Insyaallah.

Saturday, December 8, 2007

Pesakit Ditipu Bomoh

Assalamualaikum. Hari ini tokngah nak bincang pasal seorang pesakit telah tertipu gara-gara berjumpa tok bomoh. Bagaimanapun untuk menjaga maruah pesakit nama mangsa yang ditipu oleh bomoh tersebut dirahsiakan. Ikuti pengalamannya............

Memori yang membentuk pengalaman:

7 tahun yg lampau .... ( dlm 3-4 hari raya puasa)

kakak & abang ipar membawa isteri aku berubat di satu kawasan Felda di @@@@@@@@ ..... puas bertanya baru jumpa.

Seorang bomoh lelaki disekitar 60an. Selepas kami menyatakan tujuan kehadiran, mulalah bomoh ni bercerita tentang dirinya. Bila dengar memang kita akan kata bahawa dia ni hebat orangnya.

Sehinggakan ada pesakit dari Brunai pun sanggup datang mencari rawatan dengan dia ni.

Waktu tu isteri aku dah tersadai, celah kerusi. Aku perhati ada semangkuk lada hitam (utk rawatan) yg tersedia di situ. Dalam hati aku bila pulak dia ni nak rawat isteri aku, sembang je apahal pulak.

Dalam masa dia bersembang meceritakan kehebatan dia, aku mencelah dengan soalan bila nak rawat isteri aku.

Bomoh ni kata ... 'benda' tu skrg ni duduk kat alat sulit isteri aku, jadi dia tak buleh nak buat apa2. Dia kata tunggu dulu. Bersembang lagi.

Selepas zuhur, aku tanya lagi. Katanya masih duk kat 'situ' jugak!
Aku tanya ....'nak buat camner ni?"

Katanya ... ' ada 3 ekor jin jahat yg duduk dalam badan isteri aku waktu tu, dia tak buleh nak buat apa apa! Katanya... adik dia buleh menggeluarkan jin jahat tu dengan bayaran RM30 seekor. Tetapi kena tunggu bulan gelap, Sekarang ni bulan terang.

Aku balik dengan harapan yg tinggi. Walau isteri aku tak di 'usik' langsung tetapi bersandarkan kepercayaan "takkan lah dia nak menipu aku", aku sanggup keluarkan rm utk bomoh tu.

AKu berhabis dlm RM120 waktu tu. RM90 utk tarik jin dan RM30 lagi utk benda denda lain. Sebelum balik dia bagi aku seketul kemenyan arab (warna hitam). Katanya ... ' kalau isteri sakit lagi .... talipon dia (dia buleh buat dr jauh) dan bakar kemenyan, tunggu arahan selanjutnya.

Bila balik umah ... isteri aku cam tu jugak, esoknya, aku call bomoh ni, katanya jin tu belum di tarik lagi, bulan masih cerah.

Dalam sehari dua isteri aku terus sakit tak tentu hala, aku talipon bomoh tu lagi. Dia suruh bakar kemenyan yg dia beri pas tu dia surauh isteri aku menyeru nama guru dia (... aku tak ingat dah apa namanya), katanya nanti guru dia datang dlm ghaib...

Bila dengar dia sebut macam tu, aku tahu bahawa aku telah tertipu dengan permainan bomoh ni. Walau aku ni jahil, tetapi bab seru menyeru nama yg ntah sapa sapa ni, aku tahu .... memang tak buleh pakai. AKu tak nak jadi syirik.

Itulah kali terakhir aku call bomoh palsu ni.

Lepas pada tu, aku buang kemenyan tu. Aku sedih kerana ada manusia yg mengambil kesempatan dr kesusahan org lain.

Banyak pengalaman mencari kesembuhan yg telah aku lalui. Sememangnya pengalaman mengajar erti dewasa.

PETUNJUK GANGGUAN JIN

Assalamualaikum. Hari ini tokngah nak bincang pasal petunjuk-petunjuk gangguan jin.Jadi kepada sapa-sapa yang baca blog tokngah ini mempunyai tanda-tanda seperti berikut pergilah merawat dengan perawat Islam. Ingat perawat Islam bukan TOK BOMOH ya...... Kalau kat Bangi tu pergilah kat Darussyifa.


A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA·
Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.·
Suara berubah ketika marah.·
Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala iamengigit lidahnya.· Berjalan terhoyong-hayang.·
Cara makannya menjijikkan.·
Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir ataubersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·
Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·
Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·
Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·
Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·
Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·
Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·
Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·
Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.·
Selalu bermimpi.·
Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapatiia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.·
Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semuaorang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.·
Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·
Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpasebab-sebab kesihatanseperti influenza atau pusingandarah haid.·
Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.·
Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktuyang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akankeluar sedikit.·
Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·
Waswas·
Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·
Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuhatau berzina.· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidakberdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·
Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·
Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR·
Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·
Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh· la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·
Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlakudan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatukejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itusakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·
Kerap terjaga tidur di waktu malam.·
Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,serigala dan tikus· Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·
Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yangsunyi ( lagi menakutkan).·
Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

PETUNJUK TERKENA SIHIR
Sokongan orang yang terdekat perlu dalam kes sihir, kerana rawatan ini mengambil masa yang panjang.
Antaranya tanda-tanda terkena sihir ialah:·
Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendakdirinya sendiri.·
Melalui peroses rawatan, didapati pesakit sukar disembuhkan ataupun ia lambat sembuh dan memerlukan rawatan yang berulang-kali· Pesakit berasa sakit perut apabila dibaca ruqyah padanya atau diberikankepadanya minuman berjampi.·
Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tandagangguan jin dan syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.·
Kebanyakkan pesakit sihir berasa kesempitan dada pada waktu - waktu yangtertentu terutamanya pada waktu asar dan pada malam hari.

Wednesday, December 5, 2007

Punca-punca Gangguan

Terdapat banyak sebab mengapa manusia dikacau dan diganggu oleh syaitan dan jin, antaranya ialah;
1.Jin mencintai manusia
Samaada jin jantan mencintai manusia wanita atau jin betina mencintai seseorang lelaki.

2. Manusia menyakiti jin
Dengan mencurahkan air panas ke atasnya ( tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ), atau seorang terjatuh keatasnya dari tempat yang tinggi atau kencing ke atasnya dan lain -lain lagi.

3. Jin sengaja menzalimi manusia
Tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;·
Ketika manusia sedang dikuasai oleh oleh perasaan terlalu marah.·
Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.·
Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.·
Ketika lalai dari mengingati Allah
4. Mensyirikan Allah.
5. Melakukan pelbagai maksiat.
6. Diganggu sihir
7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid
8. Terdapat anjing atau gambar gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.
9. Ada loceng di dalam rumah kerana Nabi telah bersabda "Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng " (Riwayat Muslim )
10. Memasuki tempat-tempat jin tanpa membaca doa perlindungan seperti tandas, tempat-tempat pembuangan sampah dan lain-lain.
11. Kanak-kanak keluar bermain waktu Maghrib.
12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudahdilahirkan.Daripada Abu Hurairah katahya, telah bersabda Rasullah SAW, "Tiada sesorang pun dari anak -anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya, sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana ganguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa ) sahaja "(Riwayat Bukhari dan Muslim ) .
Daripada Abu Hurairah katanya.telah bersabda Rasullah SAW, "Setiap anak Adam dicucuk oleh syaitan pada lambungnya dengan mengunakan jari ketika dilahirkan kecuali Isa bin Maryam" (Riwayat Bukhari).
Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim, menyebut, "Telah bercerita kepada kami oleh Qadi Iyad bahawa semua Nabi sama seperti Nabi Isa dalam keistimewaan ini.

Tuesday, December 4, 2007

Kesan Sihir

Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-
a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuhg. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
g. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
h. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
i. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
j. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
k. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
l. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
m. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
n. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

Sunday, December 2, 2007

Tanda Melakukan Sihir

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-
a. Menanam barang-barang Hikmat
Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.
b. Memuja gambar
Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai.Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.
c. Tuju melalui angin/makanan
Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya.Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat ke dalam makanan dan minuman seseorang.
d. Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai
Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan. Nantikan kesannya ke atas mangsa disiri akan datang................

 
` © 2007 Template feito por Templates para Você